Ahad, 20 November 2011

Kemalasan

sejak akhir2 ni kemalasan melanda aku..
nak menaip pun malas..
huhuhu....
mungkin sebab jadual harian yang dah berubah..

Isnin, 15 Ogos 2011

PRESENTING....


ini la permata hati ku..
Muhammad Harith Amsyar Bin Muhammad Amin
Lahir pada 18 April 2011
Hospital Pusrawi Jalan TUn Razak, Kuala Lumpur
Jam 4.21 Petang secara normal...

Bersawang...

dah bersawang blog ni...
bukan xde idea tp line yg bengong membuatkan aku malas nak update blog
hehe...

banyak yang nak diceritakan..
will continue to the next page...

Khamis, 10 Mac 2011

A song for my Husband....

SEDETIK LEBIH....

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

** aku sayang kamu...

Selasa, 8 Mac 2011

entry suka-suka....

lama dah aku tak menaip..
bukan xde idea... tapi sebab terlalu banyak benda yang nak diceritakan sampai dah tak tau nak story...

sekarang usia kandungan dah masuk 34 minggu.. alhamdulillah.. semoga semuanya berjalan lancar..
baby pun semakin aktif dan xmau tido..
barangan baby dah selamat aku shopping dengan en hubby..
sekarang aku semakin berat.. nak berjalan pun dah mula malas..
more sleep n eat then others..

aku dah pun selamat berpindah ke rumah baru..
kehidupan nampak lebih sempurna dan teratur...
en hubby yg paling bz..
bz melengkapkan rumah selengkap2nya
alhamdulillah dikurniakan suami yang sangat rajin...

Selasa, 18 Januari 2011

Baby Progress...

alhamdulillah kandungan dah sampai ke penghujung trimester ke-2..
maknenyer start bulan depan aku dah kene berhati-hati dalam segala hal..
aku berisiko untuk kelahiran pra matang...

aku dah tak sabar nak tunggu kelahiran baby..
harap-harap semuanya dipermudahkan Allah SWT.
lelaki atau perempuan aku terima seadanya
kerana tu rezeki Allah untuk aku.






en hubby pun excited...
bile dia cakap dengan baby, sure baby bagi respon dengan menendang tangan dia..
part tu yg seronok...
lately ni aku dah mula susah tido..
keadaan aku membuatkan aku tak selesa untuk tido lena..
baby pun semakin aktif... sukar untuk digambarkan..
pantang ckit, memang menendang jek..
perut pun dah jadi senget-senget rupenyer..


Isnin, 17 Januari 2011

"My 1st GiveAway in 2011"

actually aku pun tak bape sure benda ni.. tapi advise dari seorang teman baik aku, yana yang empunya blog diari seorang ummi aku terjebak jugak.. hehehe....
ni kire 1st time aku nak join GA ni.. tak terfikir pun nak join GA ni..



Terima kasih kepada Cik Penganjur.. My1st GiveAway in 2011...maybe lps ni aku blh ajak kawan2 blogger aku yang tak pernah langsung masuk GA utk join GA ni.. hehe..

so secara rasminye aku -------------------------------->>>>>> join GA ni.. (",)


Khamis, 13 Januari 2011

Persediaan untuk bakal-bakal ibu..

Persediaan Si Ibu Sepanjang Waktu Pantang

1. Kain batik lepas (Kain batik yang belum dijahit). Ia sebagai alas semasa tidur terutama sebulan selepas bersalin;

2. Kain batik yang sudah siap dijahit. Untuk dipakai seharian di rumah. Bagi yang berduit, dapatkan blaus yang memudahkan pergerakan dan selesa;

3. Baju/blaus yang memudahkan Si Ibu untuk menyusukan anak dan ia mesti selesa untuk Si Ibu. T-Shirtpun boleh. Pilih T-Shirt yang tidak terlalu tebal atau nipis;

4. Produk kesihatan. Banyak di pasaran sekarang. Ia perlu di zaman moden ini kerana pantang zaman sekarang tidak seperti zaman dulu-dulu;

5. Orang untuk menjaga Si Ibu dan Si Anak semasa pantang.

6. Khidmat Mengurut. Ini perkara wajib. Mesti dapatkan tukang urut yang betul. Kalau boleh maklumkan kepada dia awal-awal. Senang buat perancangan.

7. Tuala wanita bersalin sebanyak 280 keping/ 14 peket (20 keping sepeket) bagi kegunaan 5 keping sehari selama 60 hari. Pilih yang mempunyai permukaan lembut. Bagi yang tidak kisah untuk pakai kain, ia terpulang. Kedua-dua ada baiknya;

8. Stokin. Orang kata, masuk angin jika tidak pakai stokin. Jadi, mesti selalu pakai stokin untuk kesihatan;

9. Alat-alat jagaan kebersihan wanita. Jangan lupa juga perkara-perkara asas yang lain seperti syampu, ubat gigi, bedak, sikat, tuala muka-rambut-dan badan-asingkan. Pastikan diri Si Ibu sentiasa kemas dan terurus.

10. Pastikan rumah dikemaskan sebelum bersalin. Supaya tak berserabut nanti. Dalam pantang tidak boleh buat kerjaj berat

11. Sediakan tilam yang tidak begitu tebal atau nipis. Biasanya tukang urut tidak mengurut atas katil tapi di atas lantai. Ia juga memudahkan si ibu bergerak ke sana ke mari.

12. Batu tungku (kalo nak le..)

13. Ubat-ubatan dan krim badan. Selain produk kesihatan yang kita beli di pasaran, penting juga, jika ada untuk kita minum air akar kayu, sapu minyak angin kat badan, dan krim stretch mark.

14. Katil bayi.

15. Diapers/Lampin Si Anak. 280 keping untukk 60 hari. Lampin/diaper anak yang baru lahir perlu sentiasa ditukar, lebih kurang 5/6 kali sehari.

16. Tilam, bantal, selimut bayi.

17 Alatan mandi bayi. . Jadi elok mendapatkan alatan yang yang memang selalu diguna dalam jumlah yang banyak sekaligus. Maksudnya dalam botol besar. Bedak tak perlu beli dalam botol besar.

18. Pakaian Si Anak. Beli awal-awal dan pilih warna neutral (biasanya bila kita scan anak perempuan, mulalah kita nak beli warna pink, begitu juga sebaliknya. Tapi sejauh mana kita yakin anak perempuan yang akan lahir nanti, betul tak?

19. Basin mandi Si Anak.

Persediaan Si Ibu Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)

1. Beg Pakaian

2. Dokumen-dokumen penting (letak dalam satu beg kecil)

3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 dan tuala rambut 1

4. Alatan mandi dan cuci (ubat dan berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, sabun basuh dll)

5. Kain batik untuk dipakai 3

6. T-Shirt 3

7. Tudung kepala (tidak terlalu besar atau kecil)

8. Pengikat rambut (bagi yang berambut panjang) atau klip rambut. Ini memastikan rambut sentiasa kemas dan terurus. Nanti tak rasa berserabut. Kesihatan juga terjaga.

9. Tuala wanita 1 peket (20 keping). Bawa lebih lebih baik jika jauh dari hospital nanti tidak menyusahkan suami pergi balik untuk dapatkannya untuk kita.

10. Bakul

11. Termos 1

12. Bekas air 1 (atau air mineral 3 btl besar)

13. Cawan

14. Tupperware

15. Roti putih, biskut tawar, susu tepung untuk ibu yang menyusu

Persediaan Si Anak

Semasa hari bersalin (biasanya kita akan berada di hospital selama 2/3 hari. Ini bergantung kepada keadaan Si Ibu dan Si Anak). Sediakan satu beg kelengkapan berikut untuk dibawa ke hospital dan jugak di rumah. Jika apa-apa berlaku, bolehlah suami membantu membawanya ke hospital tanpa perlu mencari-cari.

1. Beg Bayi

2. Selimut 2

3. Baju dan seluar 3

4. Diapers Newborn size/ saiz S

5. Tuala untuk mengelap tubuh Si Anak 1

6. Tuala basah (wet wipes) 1 peket

7. Botol susu kecil (mana tahu susu ibu lambat keluar jadi kena bagi susu formula dulu)

8. Susu formula (tin/peket kecil)

9. Minyak telon/ Yu yeePersediaan awal sebegini amat penting bagi kita supaya kita tidak perlu bersusah payah di kemudian hari.

Tindakan awal sebegini juga tidak akan menyusahkan suami kita terutama sekali bagi pasangan baru berkahwin yang belum ada pengalaman mempunyai anak. Apa lagi jikalau tiba-tiba suami ada urusan penting dan tinggallah kita keseorangan dengan anak. Jadi, apabila semua sudah ada, tiada apa yang perlu dirisaukan lagi


** thanks to zura atas informasi yang berguna ni... **

Tahun Baru

dah agak lama aku tak mengarang dalam blog ni...
kemalasan melanda.. hehe...
sejak baby semakin membesar, aku jadi semakin kurang aktif..
lebih banyak dok kat umah tido daripada melakukan aktiviti..
kesihatan aku kurang memuaskan.. aku kerap letih/ penat.. mungkin sebab aku seorang pengidap asthma kot..
ape pn aku bersyukur sebab baby sentiasa sihat walaupun ibunya salu tak sihat...

sekarang kandungan dah 6 bln lebih.. means just left a few month..
tak sabar rasanya...

semoga tahun ni lebih bermakna dengan kehadiran orang baru dalam hidup kami...