Rabu, 27 Mei 2009

Teman..

aku dah mula bercuti... namun bukan untuk berehat kat umah... sibuk membuat persiapan kawin.. letih tul badan aku. semakin hampir harinya aku tetiba kalut. macam banyak lagi yang belum aku wat lagi. hantaran pun aku masih belum sentuh.. aku dah tak larat. panas membuat aku keletihan tahap melampau. Ya Allah amat berat dugaan mu kali ini untuk ku... Semoga aku kuat dan tabah mengharungi dugaan Mu... Di saat aku memerlukan seorang teman untuk bercerita masalah aku. rakan2 sekeliling aku hilang.. ghaib semuanya.. aku jadi buntu.. mane pergi nya teman2 yang selama ini berkongsi kesenangan dengan aku??? ini la lumrah kehidupan.. Aku hanya menjadi kawan disaat aku diperlukan aja...aku pasrah...

Selasa, 26 Mei 2009

Farewell Party...

to all my friends... terima kasih yang tak terhingga sebab wat majlis perpisahan tu.. aku sangat menghargainya.. tak sangka.. walaupun aku cuma seorang pembantu perpustakaan namun aku dihargai.. aku terharu sangat... thanks a lot..


*picture akan di upload later...

Isnin, 25 Mei 2009

UiTM di hatiku...

Hari terakhir aku berkidmat di uitm.. mulai esok aku akan mula bercuti dan seterusnya melapor diri di Jabatan baru. Banyak kenangan pahit manis aku disini.. Disini la aku mengenal pentas dunia sebenar-benarnya. dimana kawan dan dimana lawan. yang mana semua yang indah itu tidak sebenarnya cantik.. Mana mungkin aku melupakan semua itu. walaupun aku cuma sempat berkhidmat selama setahun enam bulan sahaja. namun ia sangat berharga.. duduk dalam suasana kerja yang kecil namun meriah... PTDI, en idris, cik aishah, malek, paan, asrul, jun dan syasya...rakan seperjuangan yang tidak mungkin aku lupakan... jasa mu tetap ku kenang...

Ahad, 24 Mei 2009

Happy Birthday


Happy Birthday to my hubby.. Today umurnya genap 29 tahun.. Tiada hadiah istimewa untuknya tahun ni.. Celebration pun terpaksa kami lupakan.. Jarak dan waktu membuatkan aku hanya mampu memberi ucapan sahaja.. InsyaAllah 5 hari lagi aku bagi hadiah.. hehehe..

Semoga hubby dipanjangkan usia, sentiasa dalam lindungan dan keberkatan-Nya dan apa yang kita impikan menjadi kenyataan.. InsyaAllah...

Hari-hari terakhir...

Hujung minggu yang memenatkan.. Aku dah tak larat.. Macam nak tercabut tulang-tulang aku mengerjakan rumah.. Godies dah selamat aku siapkan dengan ibu... Tingkap pintu dah bersih. entah berapa lama la ia boleh bertahan sebersih itu.. Terfikir aku siapa yang mengerjakan tu semua selepas pemergian aku? Nak harap adik?? Harapan la.. Entah dia nak wat ker tidak..
Menghitung hari menunggu hari perkahwinan aku.. Membuat aku banyak berfikir.. Ini Jodoh aku rupanya... Aku bersyukur pada-Nya.. Namun dalam pada itu, aku tak tau kenapa minda aku fokus pada yang lain... Aku nampak kewujudannya dimana-mana. Malahan aku rasa rindu yang teramat sangat padanya. Aku bagai berharap dapat bertemunya.. Entah la... Aku cuba membuang perasaan yang tidak sepatutnya... Aku tau aku tak sepatutnya ingat pada orang lain.. Nasib baik aku masih ada orang sekeliling yang mampu membuat aku lupa padanya seketika....
Tinggal beberapa hari lagi.. Harap-harap semuanya berjalan lancar insyaAllah... Teringat aku pada seorang rakan yang boleh dikatakan "over excited" saban malam dia menjadi tempat aku bercerita.. Gelagatnya membuat aku terhibur dan terlupa stress yang aku hadapi.. Namun akan datang aku tak tau la adakah dia masih mahu menjadi pendengar setia cerita aku lagi...

Khamis, 21 Mei 2009

Menziarahi Keluarga Asrol

Jam 10 Pagi kami berlapan bergerak menuju ke Batu 4, Paloh.. Melawat keluarga Asrol. Perjalanan lebih kurang 2 Jam la ke rumah Asrol. Sedih menyelubungi seluruh kawasan. Aku nampak Asrul begitu tabah.. Adik beradik seramai 9 orang.. kebanyakkan masih bersekolah. Paling kecik baru berusia 5 tahun.. Dia sebagai anak lelaki sulung tentu segala bebanan terduduk di atas bahunya kini.. Semoga Asrul kuat dan tabah menghadapinya kelak InsyaAllah...

Rabu, 20 Mei 2009

Takziah...

Takziah buat Asrol sekeluarga atas pemergian ayah tersayang. Semoga Asrol tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Semoga roh nya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman... InsyaAllah..

Selasa, 19 Mei 2009

Mengapa???

Mengapa
Kita dipertemukan
berjumpa diwaktu yang salah

mengapa
aku rasa begini
terbuai dengan perasaan sendiri

namun
aku tahu
ianya hanya sementara
ia datang dan pergi
sesuka hati

aku tahu
aku hanya persinggahan...
sampai waktu ia akan berlaku pergi....

Ulangtahun

Hari ini aku menyambut hari kelahiran yang ke 26 tahun. Alhamdulillah... Dah 26 tahun aku hidup.. Banyak perkara yang aku telah lalui.. Hari ni aku datang keje dengan badan letih lagi.. Demam BTN masih lom sudah...Keletihan masih terasa.. Dari tengahmalam 18 Mei aku menunggu panggilan dari hubby.. Tapi hingga kepetang 19 Mei aku kehampaan. Rakan yang aku baru kenal beberapa bulan pun mampu ingat hari lahir aku. pagi-pagi dah hantar msg wish kat aku. Akhirnya aku nekad untuk call dia. Betapa sedihnya aku bile dia kata yang dia hampir terlupa hari lahir aku. SEDIH YG TERAMAT.... alasan yang diberi, terlalu memikirkan hari perkahwinan kami yang tinggal beberapa hari lagi. jawapan yang aku tak boleh terima langsung!! SAKIT HATI aku.. akhirnya airmata menemani hari lahir aku.. Ibu yang tak pernah lupa hari lahir aku pun terlewat memberi ucapan. semua kerana sibuk menguruskan wedding aku.. huhuhu... mungkin itu nasib atau takdir aku untuk tahun ini.. tiada lagi sambutan hari lahir macam tahun-tahun lepas... aku redha walaupun kesedihan..

Isnin, 18 Mei 2009

BTN


bangun seawal 4.30 pagi.. menyiram air sejuk dibadan adalah sesuatu yang baru untuk aku.. mandi di dalam bilik air yang terbuka membuat aku terkena kejutan budaya.. namun semua aku harungi... bekongsi bilik dengan lebih dari 30 orang wanita.. pagi petang hingga kemalam aku dibuka kan minda tentang kenegaraan.. betapa beruntung nya genarasi kini.. tidak perlu mengangkat senjata untuk berjuang bagi mendapat kemerdekaan... namun begitu ada juga yang tidak mengahrgainya.. manusia biasa la tidak pernah puas dengan ape yang mereka ada...

Pose dalam "dome" sebelum g kelas

Rabu, 13 Mei 2009

Kursus Kenegaraan... a.k.a BTN

at last aku g jgk BTN.. macam takut pun ade... aku takde semangat langsung nak g sane.. Kusut memikirkan persiapan kawin.. beg pun aku pack malam tadi... aku bz menguruskan barang-barang hantaran, godies.. pening.. 2000 pcs nak dibungkus.. tapi hanya aku dengan ibu jek mengerjakan nyer... entah bile boleh siap.. takut plak rase hati.. tinggal 2 minggu jek lagi.. rumah pun tak abis kemas lagi.. barang yang aku nak bawak untuk ke KL pun tak semua masuk kotak... Pening.. Pening.. Pening...

Isnin, 11 Mei 2009

Peperiksaan Jabatan & handphone...

Hari ni peperiksaan jabatan bermula... member-member sibuk dok baca buku.. aku relaks jek.. biase la aku. apepun semua aku relaks.. huhu.. aku malas nak masuk exam.. kalau lulus pun aku tetap nak blah so wat pe aku amek.. wat sakit otak aku jek baca buku.. tahun depan aku amek exam... hari ni jugak hp aku kene barred... arrrrr tension... aku tak bleh wat ape2 dah... bengang... bangang la hidup aku hari ni...

Ahad, 10 Mei 2009

Selamat Hari Ibu...

Selamat Hari Ibu... Sesungguhnya jasa mu amat besar dan tidak ternilai buat kami anak-anak mu yang nakal ini...

Sabtu, 9 Mei 2009

Menghitung hari...

Aku kini menghitung hari.... Perasaan aku?? entah la eh.. Kini tidur aku dah tak lena lagi.. Macam-macam benda bermain dalam kepala aku. Selesai satu masalah timbul masalah baru. Aku letih memikirkannya... Mungkin orang sekeliling memadang aku gembira. Tapi dalam hati aku hanya Allah S.W.T je yang tahu betapa aku bercelaru dan berdebar-debar. Menanti hari bahagia membuat aku sedikit tertekan.. Hampir 26 tahun (lom 26 thn lgi... birthday lom sampai.. hehehe..) aku bersama mereka.. Lom pernah sekali aku duduk sendiri. meninggalkan mereka.. Kini aku terpaksa lakukan. Bagaimana agaknya keadaan aku nanti?? Selama ini sakit pening aku ibu yang jaga. Ayah mencukupkan segalanya. Lepas ni aku terpaksa lakukan sendiri.. Mampukah aku mentadbir sendiri keluarga aku? Dapatkah dia menjaga aku sebagaimana ibu menjaga aku sewaktu aku terlantar dihospital berhari-hari? To this and that for me? can he do it for me as my mom did? Gerun aku memikirkannya... huhuhu..

My Wedding Invitation..

Friends are welcome....

Rabu, 6 Mei 2009

.....

Meleraikan segala kekusutan... menceritakan sejarah hidup aku pada nya umpama memberitahu keburukan diri aku sendiri... Entah la ek.. Aku sendiri tak tau kenape aku begitu mudah menceritakan pada dia semua hal.. Harap-harap dia masih ingin berkawan dengan aku.. aku tak mahu memikirkan ape yang akan berlaku akan datang. Takut... takut kehilangan seorang teman yang banyak membantu aku.. Aku tak tau kenapa dengan aku. bermain dengan perasaan.. Ini la akibat yang aku tanggung.. Memakan diri sendiri.. Mungkin aku terpaksa mengakui kata-kata nya.. Aku telah sayang pada nya... Sebab tu kot aku jadi macam ni.. Huru-hara untuk beberapa hari.. huhuhu... Kenapa terlalu mudah aku sayang pada dia.. Mungkin dia bayangan Faiz... Kenapa aku di pertemukan dengan dia.. ape hikmah disebalik itu?? aku masih belum nampak.. ape yang aku nampak sekarang ada bayang-bayang faiz pada dia.. fizikal nya berbeza apatah lagi pada rupa paras.. tapi cara mereka sama... Dia membuat aku rindu pada faiz dan terfikir untuk kembali kepada kehidupan yang dulu.. tapi entah la... cuba bangkit dari masa lalu.. tapi susah... Ya Allah bantu la aku... aku cuba berpijak di bumi yang nyata... tapi tak boleh.. dia ada dimana saja aku berada.... semakin jauh aku berlari semakin dekat aku dihampiri... aku tak nak ini semua terusan macam ni.. penat la... dah berhari-hari aku tak boleh lelap memikirkan dia.. akhirnya aku sendiri yang sakit...

*kenapa kita harus dipertemukan pada waktu yang salah??????

Selasa, 5 Mei 2009

sick Of sick....

Menghabiskan minggu-minggu terakhir kat sini.. Aku blur.. Tetiba jadi bodoh sangat.. Dah jadi tak tau nak wat keje ape.. Hehehe... Confirm bos bengang dengan aku.. Mane tak nyer.. Hari-hari masuk keje, layan FaceBook... Online Tagged.. chating YM. ekekekek... dah malas nak keje... dapat plak member yang melayan aku chat.. memang selamat la hidup aku... Masalah aku semakin kusut.. Aku dah tak betah dok kat umah.. huhuhu.... Aku dah tak tahan plak rase nyer... nak tunggu lagi sebulan macam setahun plak rase.. ah.. biarkan la.. malas aku nak fikir kan lagi...
Yang penting aku nak mengakhiri hari-hari terakhir aku kat sini dengan gembira... hehehe......


petikan kata-kata seorang teman aku:
Scandal :- only used it, when u need it...
GF/BF :- to be love....
husband/Wife :- Live together & Make family....
*logik gak ape yang diperkatakan....

Ahad, 3 Mei 2009

Working...

Working on Sunday... Membosankan.. Orang lain masih di bantal tapi aku di ofis.. Letih sangat aku rasa hari ni... Mana tak nyer.. Dah hampir seminggu aku tak cukup tido.... Banyak perkara yang perlu aku selesaikan.. Letih.. Letih.. Letih.. Masa untuk aku dah tak banyak... Nasib baik aku dah berjaya kemas bilik aku yang bagaikan kapal karam tu semalam. Hampir setengah hari jugak la aku mengemas bilik yang tak besar mane tu.. Banyak jugak barang yang aku nak bawak ke KL.. Muat ker tak masuk dalam kete aku yang cute tu.. Kalau tak muat terpaksa la aku balik JB setiap hujung minggu... HUHUHU.. Hope esok lebih baik dari hari ini...