Khamis, 31 Disember 2009

akhirnya tahun 2009

tahun 2009 berakhir dengan begitu padat dan menguji kesabaran aku sebagai seorang manusia, perempuan, isteri, anak dan jgk menantu...
menghabiskan kerja-kerja yang tak pernah habis di pejabat..
kadang-kadang membosankan..

(kek yg aku wat utk diorg)

26hb disember 2009

aku bangun seawal jam 5 pagi untuk sedia cupcakes yg aku dah wat untuk wedding dilla di segamat. kitorang gerak jam 9 pagi selepas sarapan..

sampai segamat terus setting table untuk pengantin dan setting wedding cakes yg aku wat untuk diorg..
seronok dapat jumpe ayah n ibu.. peluang keemasan untuk aku melepaskan rindu..
jam 5 petang gerak balik ke kl tp sampai kl jam 11 mlm sebab jalan jem..


27hb disember 2009

aku bangun jam 2 petang akibat terlalu letih untuk beberapa hari sebab memenuhi tempahan kek. alhamdulillah.. aku tak masak untuk hari tu. sebab hubby nak makan kat luar.
jam 7ptg kitorang kuar mkn malam.
jam 8.30 malam kitorang sampai kat wad kecemasan pusrawi. hubby kne admit mlm tu jgk..
aku tido sorng.. huhuhu....




(kesian hubby tido dalam kesakitan)




28hb disember 2009


seawal 6.50 pagi aku dah sampai kat wad as-saadah. hubby operation jam 8 pagi..
aku tunggu hubby kuar dari operation room almost 2jam.
jam 10 pagi hubby dah ade kat katil lega aku tgk keadaan dia yang dah sedar.
29 disember 2009
jam 3 ptg mertua aku sampai kat kl sentral. g amek diorg then terus ke putra height pick up ayah plak. letih sgt aku rase..
dari putra height terus ke hospital pusrawi. mlm balik umah terus pengsan.. letih tahap maksima.




30 disember 2009


(time 1st day wat pisio)

hubby masih di wad. aku teman kan dia g pisio. then balik amek mertua plak...
balik umah.. pengsan lagi


31 disember 2009

jam 8.30 pg sampai kat wad.. dok lepak sampai jam 11.. dah tak bleh handle aku balik umah tido.. ptg g sepital lagi.. hubby cakap sok dia balik..
seronok yg teramat...
semoga hubby cepat sembuh..




selamat tahun baru..

Ahad, 20 Disember 2009

percubaan pertama...


percubaan pertama aku menghasilkan cupcakes tier... wedding Izaq jadi experiment la... any how.. thanks chu for ur support...

Cuti Hujung Minngu...



ni time wedding Ahzarizaq n adura kat kota damansara....

Rabu, 2 Disember 2009

Baking Tools




sebelum ni aku guna peralatan ibu..
senang ckp turun temurun la...
bile dah pindah kl.. semua terpakse aku beli
start all over again..

banyak jgk modal yg kene kuar.. huhuhu...

Ahad, 29 November 2009

blog baru..

hari ni aku create satu blog baru
(http://nuraminscuppies.blogspot.com)
"nur amin's cuppies"
konon nya untuk memasarkan cupcakes aku..
aku guna kan gabungan nama aku dan hubby..
semoga nama hubby bawa tuah pada aku... amin.....
harap2 semua nya berjalan lancar seperti yang aku impikan.. insyaallah...

Ahad, 22 November 2009

Kejayaan...





almost 6 month dah aku tak wat cupcakes...
huhuhu...
akhirnya aku berjaya jgk membentuk semula jari jemari aku...
ini la hasilnya...




Khamis, 19 November 2009

CupCakes Fever..

demam kek cawan aku melanda kembali...
hati aku meluap2 nak wat cupcakes balik...
windu nak baked cakes again.. insyaAllah next month byk cupcakes aku kne wat...
huhu.... seronoknyer...

Selasa, 17 November 2009

KARENAH BIROKRASI DALAM ORGANISASI

2-3 hr ni ofis aku dilanda tsunami seorang staf. aku tak tau mane silapnye...
tetiba dia tak nak bercakap dengan aku. asyik dok ulang2 yg orang dok buli dia.. yg dia buli orang lain tak kire plak.. panas tul hati aku. kalau di ikut hati amarah.. dah lama budak ni makan penampar aku. mcm nak cuti panjang jek.

Isnin, 16 November 2009

Batu Buruk Beach Resort

Menghabiskan masa selama 5 hari 4 malam kat Batu Beach Resort tak la seseronok yg disangkakan... memang tak best sbb aku g bukan dgn hubby.
hubby kne tinggal la sbb aku g kursus bkan g berjalan2.. g atas tiket kerajaan... huhu...
tambah plak g time lom gaji.. memang la tersgt tak best... huhuhu...

Jumaat, 9 Oktober 2009

Jamuan Raya BAKA











Semalam jamuan raya kat BAKA. Banyak tul makanan. antara menunya:

-Nasi Daging (yang dimakan dengan sambal air asam)
-Laksa Penang
-Ayam Berempah
-Daging Dinding
-Puding Kastard
-Satey Kajang
-Popia otak-otak(yg aku import dari JB)
-Bermacam-macam jenis kuih.....

Meriah sungguh...








Khamis, 8 Oktober 2009

Selamat Hari Lahir

Selamat hari lahir untuk paan. aku pun tak sure umur ko bape... ape pun Semoga dipanjang kan umur dimurah rezeki dan dipercepatkan jodoh InsyaAllah...

Selasa, 29 September 2009

Doktor Gigi...

Seperti ramai yang sedia maklum, aku seorang yang sangat penakut berjumpe dengan doktor gigi... Senang cakap, fobia la.... tapi di takdirkan, selepas hari raya, aku sakit gigi yang teramat teruk sampai tak boleh tido malam. Sebelum ni aku penah jugak rase sakit gigi, tapi disebabkan aku masih mengandung masa tu, doktor tak boleh cabut. Kali ni aku dah tak mampu nak bertahan lagi. Setelah puas di pujuk hubby, aku akur untuk berjumpe dengan doktor gigi... Hubby arranggekan appointment untuk aku semalam.. Jam 9.30 pagi aku dah terpacak di depan pintu klinik tanpa menjamah ape-apa sarapan pagi kerana terlalu takut... Aku sangka doktor yang akan merawat aku tu lelaki dan tua (sememangnya aku fobia dengan doktor gigi tua).. Sangkaan aku meleset, doktor tu dalam lingkungan usia awal 30-an. Perwatakan nya sangat lembut. Secara tidak langsung mengurangkan rasa takut dan ngeri aku.. akhirnya tercabut juga gigi aku.. tapi bukan gigi yang sakit. yg lain plak terpaksa di cabut sebab gigi yang sakit tu tak boleh di cabut kerana dah bengkak dan prosesnya agak sukar sebab gigi tu gigi bungsu. Nampaknya 2 minggu lagi aku kene la pegi jumpa lagi doktor gigi tu.... huhuhu....

Ahad, 27 September 2009

Kisah Ramadhan dan Syawal...

untuk pertama kalinya aku menyambut ramadhan & syawal bersama suami tersayang.. suasana yang sangat jauh berbeza. dulu aku berpuasa disamping keluarga. setiap pagi, ibu yang kejut bangun sahur, tapi skarang aku kena bangun n sedia kan sahur untuk hubby. kalau aku tak bangun selamat la sahur kami.. bersahur berdua dan berbuka berdua... huhu.. tak meriah langsung. dlu balik keje makanan buka dah siap masak, skarang pandai2 la cari makan sendiri...
persiapan raya.. takde ape yang disiapkan.. baju pun aku tak tempah. plan nak pakai baju time kawin jek. baju2 tu pun baru pkai sekali je. lagi pun baju raya tahun lepas pun aku tak abis pakai lagi... tapi aku sibuk ke jalan TAR dgn member2 ofis.. nak jugak rase kemeriah jalan TAR. sebelum ni dengar jek orang dok bercerita. tahun ni aku dapat g shopping sakan kat sane plak.. sampai hubby marah kat aku.. hehehe...
hari jumaat lepas buka kami bergerak balik ke jb.. excited bukan kepalang sampai aku tak blh tido malam sebab terlalu seronok nak balik jb. mane tak nyer, first time aku rase nak balik kampung beraya walaupun rumah ibu di tengah bandar. sepanjang perjalanan aku tak melelapkan mata walaupun seminit. bertolak dari kuala lumpur jam 8 malam, disebabkan tol sungai besi jem tahap melampau, kami ikut tol kajang (sebenarnya kami sesat nak ke sg besi... tetiba sampai ke kajang.. kire ok la kan.. save masa sejam lebih sbb tol sg besi jem.) kami tiba di jb jam 1.30 pagi. hujan lebat menyebabkan pegerakan lalu lintas lembab... pagi yang sibuk sebelum raya tu, aku ke sana kemari cari barang untuk ibu. ibu beraya di singapore, so aku terpaksa la balik beraya di kampung Singapura, kampung hubby..
suasana pagi raya yang jauh berbeza. tiada ayah dan ibu depan mata aku. aku hanya call diorang. untuk pertama kalinya aku menyium tangan suami aku di pagi raya. suasana sangat berbeza sebab family hubby besar, tambah plak anak saudara 17 orang, gamat la suasana.. pening pun ada jgk.. ape pun raya tahun ni banyak pengalaman baru untuk aku...

Selasa, 8 September 2009

FOR SALE!!!!

Gelang Tangan








Koleksi Rantai



How to order:
Provide us with :-1) Your name
2) our contact number
3) Items
4) Code & Quantity
5) Address
Term of payment:
Bank in/transfer to acc MAYBANK @ BANK ISLAM(acc no will be given after confirm)
Delivery:
Ur order will be sent after payment made follow the address given in the email.
*no additional charge for delivery...







Sabtu, 1 Ogos 2009

kehidupan baru...

Menjalani kehidupan baru sebagai seorang isteri banyak mengubah cara hidup aku. dari seorang yang terlalu bergantung kepada ibu.. kini aku lebih independant.. hidup aku kini teratur dan berdisplin. kalau dulu semua ibu buatkan tapi sekarang aku kene wat sendiri.. kalau tak buat selamat la... banyak sangat perkara yang berubah... kalau dulu bangun jam 9 pagi, tapi sekarang jam 9 pagi aku dah siap sediakan sarapan dan jugak basuh baju.. kalau dulu jam 7 baru bangun untuk g kerja, sekarang jam 6 aku dah kene bangun sediakan air untuk hubby minum sebelum keluar kerja.. make sure everything done before go to work or before i sleep.. perubahan paling ketara... dulu aku cuma tau buat kek aje.. tapi sekarang aku dah boleh masak lauk kegemaran hubby.. kari ayam.. hehehehe.. tak sia-sia aku amek jurusan katering makanan dulu.. sekurang-kurangnya aku ade gak basic memasak walaupun aku lebih minat wat kek...

Rabu, 22 Julai 2009

.....

lama dah aku tulis blog.. bukan takde masa tapi takde idea dan jugak kesihatan aku yang tak mengizin kan otak aku untuk berfikir banyak... insyaAllah aku akan menulis semula selepas semua nya kembali seperti sedia kala... insyaAllah.....

to be continue later....

Jumaat, 12 Jun 2009

Rabu, 10 Jun 2009

Walimatul Urus...

Lama dah aku tak menulis blog.. Takde kesempatan.. sibuk menguruskan majlis kahwin aku. aku tau ade yang ternanti-nanti cerita terbaru aku. sorry la. masa tak mengizin kan aku untuk mencoretkan luahan hati aku...

so kali ni aku upload pic2 yang aku suke je ar...



Rabu, 27 Mei 2009

Teman..

aku dah mula bercuti... namun bukan untuk berehat kat umah... sibuk membuat persiapan kawin.. letih tul badan aku. semakin hampir harinya aku tetiba kalut. macam banyak lagi yang belum aku wat lagi. hantaran pun aku masih belum sentuh.. aku dah tak larat. panas membuat aku keletihan tahap melampau. Ya Allah amat berat dugaan mu kali ini untuk ku... Semoga aku kuat dan tabah mengharungi dugaan Mu... Di saat aku memerlukan seorang teman untuk bercerita masalah aku. rakan2 sekeliling aku hilang.. ghaib semuanya.. aku jadi buntu.. mane pergi nya teman2 yang selama ini berkongsi kesenangan dengan aku??? ini la lumrah kehidupan.. Aku hanya menjadi kawan disaat aku diperlukan aja...aku pasrah...

Selasa, 26 Mei 2009

Farewell Party...

to all my friends... terima kasih yang tak terhingga sebab wat majlis perpisahan tu.. aku sangat menghargainya.. tak sangka.. walaupun aku cuma seorang pembantu perpustakaan namun aku dihargai.. aku terharu sangat... thanks a lot..


*picture akan di upload later...

Isnin, 25 Mei 2009

UiTM di hatiku...

Hari terakhir aku berkidmat di uitm.. mulai esok aku akan mula bercuti dan seterusnya melapor diri di Jabatan baru. Banyak kenangan pahit manis aku disini.. Disini la aku mengenal pentas dunia sebenar-benarnya. dimana kawan dan dimana lawan. yang mana semua yang indah itu tidak sebenarnya cantik.. Mana mungkin aku melupakan semua itu. walaupun aku cuma sempat berkhidmat selama setahun enam bulan sahaja. namun ia sangat berharga.. duduk dalam suasana kerja yang kecil namun meriah... PTDI, en idris, cik aishah, malek, paan, asrul, jun dan syasya...rakan seperjuangan yang tidak mungkin aku lupakan... jasa mu tetap ku kenang...

Ahad, 24 Mei 2009

Happy Birthday


Happy Birthday to my hubby.. Today umurnya genap 29 tahun.. Tiada hadiah istimewa untuknya tahun ni.. Celebration pun terpaksa kami lupakan.. Jarak dan waktu membuatkan aku hanya mampu memberi ucapan sahaja.. InsyaAllah 5 hari lagi aku bagi hadiah.. hehehe..

Semoga hubby dipanjangkan usia, sentiasa dalam lindungan dan keberkatan-Nya dan apa yang kita impikan menjadi kenyataan.. InsyaAllah...

Hari-hari terakhir...

Hujung minggu yang memenatkan.. Aku dah tak larat.. Macam nak tercabut tulang-tulang aku mengerjakan rumah.. Godies dah selamat aku siapkan dengan ibu... Tingkap pintu dah bersih. entah berapa lama la ia boleh bertahan sebersih itu.. Terfikir aku siapa yang mengerjakan tu semua selepas pemergian aku? Nak harap adik?? Harapan la.. Entah dia nak wat ker tidak..
Menghitung hari menunggu hari perkahwinan aku.. Membuat aku banyak berfikir.. Ini Jodoh aku rupanya... Aku bersyukur pada-Nya.. Namun dalam pada itu, aku tak tau kenapa minda aku fokus pada yang lain... Aku nampak kewujudannya dimana-mana. Malahan aku rasa rindu yang teramat sangat padanya. Aku bagai berharap dapat bertemunya.. Entah la... Aku cuba membuang perasaan yang tidak sepatutnya... Aku tau aku tak sepatutnya ingat pada orang lain.. Nasib baik aku masih ada orang sekeliling yang mampu membuat aku lupa padanya seketika....
Tinggal beberapa hari lagi.. Harap-harap semuanya berjalan lancar insyaAllah... Teringat aku pada seorang rakan yang boleh dikatakan "over excited" saban malam dia menjadi tempat aku bercerita.. Gelagatnya membuat aku terhibur dan terlupa stress yang aku hadapi.. Namun akan datang aku tak tau la adakah dia masih mahu menjadi pendengar setia cerita aku lagi...

Khamis, 21 Mei 2009

Menziarahi Keluarga Asrol

Jam 10 Pagi kami berlapan bergerak menuju ke Batu 4, Paloh.. Melawat keluarga Asrol. Perjalanan lebih kurang 2 Jam la ke rumah Asrol. Sedih menyelubungi seluruh kawasan. Aku nampak Asrul begitu tabah.. Adik beradik seramai 9 orang.. kebanyakkan masih bersekolah. Paling kecik baru berusia 5 tahun.. Dia sebagai anak lelaki sulung tentu segala bebanan terduduk di atas bahunya kini.. Semoga Asrul kuat dan tabah menghadapinya kelak InsyaAllah...

Rabu, 20 Mei 2009

Takziah...

Takziah buat Asrol sekeluarga atas pemergian ayah tersayang. Semoga Asrol tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Semoga roh nya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman... InsyaAllah..

Selasa, 19 Mei 2009

Mengapa???

Mengapa
Kita dipertemukan
berjumpa diwaktu yang salah

mengapa
aku rasa begini
terbuai dengan perasaan sendiri

namun
aku tahu
ianya hanya sementara
ia datang dan pergi
sesuka hati

aku tahu
aku hanya persinggahan...
sampai waktu ia akan berlaku pergi....

Ulangtahun

Hari ini aku menyambut hari kelahiran yang ke 26 tahun. Alhamdulillah... Dah 26 tahun aku hidup.. Banyak perkara yang aku telah lalui.. Hari ni aku datang keje dengan badan letih lagi.. Demam BTN masih lom sudah...Keletihan masih terasa.. Dari tengahmalam 18 Mei aku menunggu panggilan dari hubby.. Tapi hingga kepetang 19 Mei aku kehampaan. Rakan yang aku baru kenal beberapa bulan pun mampu ingat hari lahir aku. pagi-pagi dah hantar msg wish kat aku. Akhirnya aku nekad untuk call dia. Betapa sedihnya aku bile dia kata yang dia hampir terlupa hari lahir aku. SEDIH YG TERAMAT.... alasan yang diberi, terlalu memikirkan hari perkahwinan kami yang tinggal beberapa hari lagi. jawapan yang aku tak boleh terima langsung!! SAKIT HATI aku.. akhirnya airmata menemani hari lahir aku.. Ibu yang tak pernah lupa hari lahir aku pun terlewat memberi ucapan. semua kerana sibuk menguruskan wedding aku.. huhuhu... mungkin itu nasib atau takdir aku untuk tahun ini.. tiada lagi sambutan hari lahir macam tahun-tahun lepas... aku redha walaupun kesedihan..

Isnin, 18 Mei 2009

BTN


bangun seawal 4.30 pagi.. menyiram air sejuk dibadan adalah sesuatu yang baru untuk aku.. mandi di dalam bilik air yang terbuka membuat aku terkena kejutan budaya.. namun semua aku harungi... bekongsi bilik dengan lebih dari 30 orang wanita.. pagi petang hingga kemalam aku dibuka kan minda tentang kenegaraan.. betapa beruntung nya genarasi kini.. tidak perlu mengangkat senjata untuk berjuang bagi mendapat kemerdekaan... namun begitu ada juga yang tidak mengahrgainya.. manusia biasa la tidak pernah puas dengan ape yang mereka ada...

Pose dalam "dome" sebelum g kelas

Rabu, 13 Mei 2009

Kursus Kenegaraan... a.k.a BTN

at last aku g jgk BTN.. macam takut pun ade... aku takde semangat langsung nak g sane.. Kusut memikirkan persiapan kawin.. beg pun aku pack malam tadi... aku bz menguruskan barang-barang hantaran, godies.. pening.. 2000 pcs nak dibungkus.. tapi hanya aku dengan ibu jek mengerjakan nyer... entah bile boleh siap.. takut plak rase hati.. tinggal 2 minggu jek lagi.. rumah pun tak abis kemas lagi.. barang yang aku nak bawak untuk ke KL pun tak semua masuk kotak... Pening.. Pening.. Pening...

Isnin, 11 Mei 2009

Peperiksaan Jabatan & handphone...

Hari ni peperiksaan jabatan bermula... member-member sibuk dok baca buku.. aku relaks jek.. biase la aku. apepun semua aku relaks.. huhu.. aku malas nak masuk exam.. kalau lulus pun aku tetap nak blah so wat pe aku amek.. wat sakit otak aku jek baca buku.. tahun depan aku amek exam... hari ni jugak hp aku kene barred... arrrrr tension... aku tak bleh wat ape2 dah... bengang... bangang la hidup aku hari ni...

Ahad, 10 Mei 2009

Selamat Hari Ibu...

Selamat Hari Ibu... Sesungguhnya jasa mu amat besar dan tidak ternilai buat kami anak-anak mu yang nakal ini...

Sabtu, 9 Mei 2009

Menghitung hari...

Aku kini menghitung hari.... Perasaan aku?? entah la eh.. Kini tidur aku dah tak lena lagi.. Macam-macam benda bermain dalam kepala aku. Selesai satu masalah timbul masalah baru. Aku letih memikirkannya... Mungkin orang sekeliling memadang aku gembira. Tapi dalam hati aku hanya Allah S.W.T je yang tahu betapa aku bercelaru dan berdebar-debar. Menanti hari bahagia membuat aku sedikit tertekan.. Hampir 26 tahun (lom 26 thn lgi... birthday lom sampai.. hehehe..) aku bersama mereka.. Lom pernah sekali aku duduk sendiri. meninggalkan mereka.. Kini aku terpaksa lakukan. Bagaimana agaknya keadaan aku nanti?? Selama ini sakit pening aku ibu yang jaga. Ayah mencukupkan segalanya. Lepas ni aku terpaksa lakukan sendiri.. Mampukah aku mentadbir sendiri keluarga aku? Dapatkah dia menjaga aku sebagaimana ibu menjaga aku sewaktu aku terlantar dihospital berhari-hari? To this and that for me? can he do it for me as my mom did? Gerun aku memikirkannya... huhuhu..

My Wedding Invitation..

Friends are welcome....

Rabu, 6 Mei 2009

.....

Meleraikan segala kekusutan... menceritakan sejarah hidup aku pada nya umpama memberitahu keburukan diri aku sendiri... Entah la ek.. Aku sendiri tak tau kenape aku begitu mudah menceritakan pada dia semua hal.. Harap-harap dia masih ingin berkawan dengan aku.. aku tak mahu memikirkan ape yang akan berlaku akan datang. Takut... takut kehilangan seorang teman yang banyak membantu aku.. Aku tak tau kenapa dengan aku. bermain dengan perasaan.. Ini la akibat yang aku tanggung.. Memakan diri sendiri.. Mungkin aku terpaksa mengakui kata-kata nya.. Aku telah sayang pada nya... Sebab tu kot aku jadi macam ni.. Huru-hara untuk beberapa hari.. huhuhu... Kenapa terlalu mudah aku sayang pada dia.. Mungkin dia bayangan Faiz... Kenapa aku di pertemukan dengan dia.. ape hikmah disebalik itu?? aku masih belum nampak.. ape yang aku nampak sekarang ada bayang-bayang faiz pada dia.. fizikal nya berbeza apatah lagi pada rupa paras.. tapi cara mereka sama... Dia membuat aku rindu pada faiz dan terfikir untuk kembali kepada kehidupan yang dulu.. tapi entah la... cuba bangkit dari masa lalu.. tapi susah... Ya Allah bantu la aku... aku cuba berpijak di bumi yang nyata... tapi tak boleh.. dia ada dimana saja aku berada.... semakin jauh aku berlari semakin dekat aku dihampiri... aku tak nak ini semua terusan macam ni.. penat la... dah berhari-hari aku tak boleh lelap memikirkan dia.. akhirnya aku sendiri yang sakit...

*kenapa kita harus dipertemukan pada waktu yang salah??????

Selasa, 5 Mei 2009

sick Of sick....

Menghabiskan minggu-minggu terakhir kat sini.. Aku blur.. Tetiba jadi bodoh sangat.. Dah jadi tak tau nak wat keje ape.. Hehehe... Confirm bos bengang dengan aku.. Mane tak nyer.. Hari-hari masuk keje, layan FaceBook... Online Tagged.. chating YM. ekekekek... dah malas nak keje... dapat plak member yang melayan aku chat.. memang selamat la hidup aku... Masalah aku semakin kusut.. Aku dah tak betah dok kat umah.. huhuhu.... Aku dah tak tahan plak rase nyer... nak tunggu lagi sebulan macam setahun plak rase.. ah.. biarkan la.. malas aku nak fikir kan lagi...
Yang penting aku nak mengakhiri hari-hari terakhir aku kat sini dengan gembira... hehehe......


petikan kata-kata seorang teman aku:
Scandal :- only used it, when u need it...
GF/BF :- to be love....
husband/Wife :- Live together & Make family....
*logik gak ape yang diperkatakan....

Ahad, 3 Mei 2009

Working...

Working on Sunday... Membosankan.. Orang lain masih di bantal tapi aku di ofis.. Letih sangat aku rasa hari ni... Mana tak nyer.. Dah hampir seminggu aku tak cukup tido.... Banyak perkara yang perlu aku selesaikan.. Letih.. Letih.. Letih.. Masa untuk aku dah tak banyak... Nasib baik aku dah berjaya kemas bilik aku yang bagaikan kapal karam tu semalam. Hampir setengah hari jugak la aku mengemas bilik yang tak besar mane tu.. Banyak jugak barang yang aku nak bawak ke KL.. Muat ker tak masuk dalam kete aku yang cute tu.. Kalau tak muat terpaksa la aku balik JB setiap hujung minggu... HUHUHU.. Hope esok lebih baik dari hari ini...

Selasa, 28 April 2009

Kenangan Terindah....

Aku kini menghitung hari untuk keluar dari sini.. Hari-hari yang aku lalui sama seperti sebelum ini. Masih belum ada yang berubah.. cuma kini aku semakin malas... Entah la.. Aku semakin bosan dengan keadaan sekeliling.. Aku dah bosan dikutuk dan dikata.. Menyampah pun ada gak.. Tetiba.. yang jauh kini dekat dan yang dekat mula menjauh.. Aku rasa takut plak nak mengharungi hari mendatang walaupun ada yang sedia menemani setiap masa. Mampukah aku melakukannya tanpa bantuan ibu. Siapa yang akan membantu aku bile aku sakit nanti?? Entah la.. Aku takut memikirkan nya...

"Bila yang tertulis untukku.. Adalah yang terbaik untukmu.. Kan kujadikan kau.. Kenangan yang terindah dalam hidupku.. Namun takkan mudah bagiku.. Meninggalkan jejak hidupku.. Yang t'lah terukir abadi.. Sebagai kenangan yang terindah"

Isnin, 27 April 2009

Cheritera...

Aku dihujani lagi dengan soalan-soalan yang aku sendiri tak tau macam mane nak menjawab.. Pelik sangat la... Mane tah diorang dapat cerita-cerita tu. Aku sendiri pun tak tau dari mane datang semua itu. Mengadakan cerita yang tak ade.. Sakit hati tul aku.. Nak wat macam mane. Redha je ar.. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan Maha melihat.. Dia tau kebenaran. Aku dah malas nak berkata-kata lagi.. Yang pasti kini.. aku tak akan toleh kebelakang lagi.. yang lepas biarkan ia terus berlalu... Aku kini dengan azam baru..

Rabu, 22 April 2009

Akhirnya...

Setelah puas aku berfikir... Akhirnya aku berjaya membuat keputusan yang paling sukar aku rase kan untuk di buat. Aku akan tinggalkan UiTM.. InsyaAllah satu hari nanti aku akan kembali pada UiTM mungkin sebagai seorang pelajar atau mungkin boleh jadi bos plak.. huhuhu. who knows... Aku akan melapor diri pada 15 Jun 2009. Aku akan mula bercuti pada 27 May.. Its mean I got less then 1 month in UiTM. Perasaan sekarang?? Bercampur2.. Gembira keluar dari tempat yang banyak mengajar aku erti kawan sebenar.. Sedih sangat kerana terlalu banyak kenangan aku disini. Disini tempat yang aku rase banyak merubah aku. Dari segi mental dan fizikal. Terharu kerana ada kawan yang sanggup bertungkus lumus membantu proses pertukaran aku. Cian Fasha.. Pening kepala dia.. She a gud AR..
Aku tak perlu ke Shah Alam.. Its not mean i hate Shah Alam very much.. Sorry bro, kalau anda terasa.. There's a memory there that i can't take it.. Aku tak kuat untuk membuang segala yang aku telah pendam. Menghilangkan semua dari kotak ingatan adalah sesuatu yang mustahil untuk aku lakukan dalam sekelip mata. Dia datang diwaktu aku tak memerlukannya dan dia pergi di saat aku rasa aku perlukan kasih sayangnyer.. Aku tau keadaan aku.. Perjalanan aku harus teruskan kerana dia hanya persinggahan. Aku tau banyak akan berubah kalau aku di Shah Alam.. Aku nak lari dari mereka.. Lepas ni aku bukan lagi warga UiTM, namun UiTM TETAP DIHATIKU.. (Cintaku tertinggal disana....)

Selasa, 21 April 2009

Penyakit Berjangkit kat Office...

Penyakit yang salunyer berjangkit kat opis adalah penyakit mengumpat yang begitu cepat membiak dikalangan staf. Terutamanya perempuan la. Tetapi tidak dinafikan terdapat segelintir kaum adam yang juga gemar mengumpat. Mengumpat atau perkataan yang lebih upto date nye ber"gosip" tidak dapat dipisah dengan mana-mana ofis kat malaysia ni... Kadang aku sendiri tak paham la... Kenapa la diorang ni suke sangat dok mengata orang.. Ape diorang rase diri diorang tu bagus sangat??? Atau pun dah kehabisan kerja kat ofis tu sampai dah tak tau lagi nak wat pe... Macam mane la bangsa kita nak maju kalau ini terus berterusan dalam sesuatu organisasi.

Isnin, 20 April 2009

Buntu..

Aku teramat buntu sekarang.. Disaat aku rasa aku nak pergi dari sini. Datang pulak satu surat lain. Panggilan BTN.. Aduh pening aku. BTN will start on 14th May 2009 till 18th May 2009. Aku nak melapor diri kat Bukit Aman on 15th May... Macam mane gaya plak aku nak g sane.. Pening aku fikirkan.. Bile panggilan BTN dah sampai makne nyer waktu percubaan dalam perkhidmatan aku dah hampir sampai ke penghujungnyer... tapi aku nak sangat kerja kat Bukit Aman tu.. Kenapa la takde orang yang nak bagi aku sokongan eh... Sekarang aku terpaksa memilih sama ada untuk aku terus stay kat sini Or aku g sane. If aku ke sana, aku terpakse sambung lagi la tempoh percubaan aku.. If i still here, i have to wait maybe for 1 year or more untuk dapat tukar ke Shah Alam.. Tapi kalau boleh aku tak nak ke Shah Alam.. Aku sanggup ke cawangan lain.. but not at the main campus.. Aku takut aku tak cukup kuat di sana nanti....

Sabtu, 18 April 2009

Demam..

Akibat terlalu penat. ni yang aku dapat.. Demam.. Macam mane tak demam. tak pernah dalam hidup aku kene memandu sendirian sejauh 400KM. Letihnye semacam. Sehingga ke hari ini letih masih aku terasa. Tambahan pulak balik dari kursus yang panjang, timbul plak cerita-cerita yang tak sedap langsung untuk halwa telinga aku. Bertambah stress aku. tak pasal-pasal aku darah tinggi plak.. Nampak nye lepas ni kene la wat aktiviti secara senyap dan tak memenatkan. Mungkin badan aku dah tak lasak lagi untuk semua aktiviti yang aku suke lagi....

Rabu, 15 April 2009

tawaran..

mendapat tawaran kerja baru.. sangat mengembirakan aku.. tapi aku harus memikirkan.. antara cita-cita yang aku kejar.. disini.. banyak benda baru yang aku telah pelajari. di sana aku tak pasti lagi ape yang akan berlaku... aku buntu memikirkannya...

Ahad, 12 April 2009

Ku Tanya Hati...

ku tanya hati
ku tepuk dada sendiri
manakah hala perjalananku ini??
terasa sangsi masih ku belum mengerti
adakah aku dilanda laluan pasti..

bertanyaku pada bayu yg menumpang jalan
apakah berita suci dari sempadan?
berikan petunjuk hidayah dan pesanan
bawakan doa ku terus ke takhta pangkuan

berbalas pandangan mataku dengan sang bulan
bagaikan bicara bulan mengharap pengertian
moga disusun bintang yg berserakkan
mengjadi landasan laluan pengertian

ku tanya hati
apakah bisa aku dikhianati
dengan kata hati yang tidak pasti
atau akukah yang tidak mengerti
betapa berharganya hati yang suci...

Hindari Cerita Bohong & Fitnah...

Sekadar berkongsi dan untuk difikirkan bagi golongan yang amat gemar bercerita...
Kerana fitnah itu ujian, ia menguji kita, apakah kita boleh tetap arif, tenang atau tidak emosional. Hakikatnya, kita harus tetap normal dan tidak melampaui batas.Kitab tentang hadis umumnya mengkhususkan bab tertentu tentang fitnah. Hadis tentang fitnah biasanya berisi ajakan dan perintah agar kaum Muslim menjauhi fitnah, kerana hal itu akan menimbulkan kekacauan dan kesengsaraan, bahkan sering berakhir dengan pertumpahan darah.Dalam sejarah, pernah terjadi peristiwa menyedihkan yang dikenal dengan al-fitnah al-kubra, iaitu peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan. Inilah konflik dalaman yang terbesar dan pertama menimpa umat Islam.‘Kerosakan’ institusi sosial akibat fitnah bukan sahaja membawa kepada pembunuhan Khalifah Uthman, bahkan menimbulkan ‘kebimbangan’ yang amat hebat bagi para sahabat Rasulullah s.a.w serta umat Islam waktu itu.Ini juga merupakan gambaran fitnah membuta tuli, kerana sesama umat Islam tidak mahu melihat serta mendengar siapa yang benar. Punca terbunuhnya Uthman mewariskan kemelut panjang bagi umat Islam, sehingga banyak ahli sejarah mengatakan sebagai cubaan atau dugaan terbesar yang pernah menimpa kaum Muslim.Benarlah apa yang disebut di dalam al-Quran bahawa fitnah itu lebih kejam dan berbahaya daripada pembunuhan. (rujuk surah Al-Baqarah, ayat 191)Malah Aisyah, isteri Rasulullah s.aw yang amat disayangi itu pernah difitnah ‘menduakan’ baginda dengan salah seorang sahabat Nabi ketika beliau tertinggal daripada rombongan Nabi. Sejarah mencatatkan, hampir sahaja Nabi terpengaruh dan mempercayai isu tersebut sehingga baginda terpaksa menjauhi Aisyah yang selama ini paling dekat dengannya. Hanya setelah turun wahyu yang membersihkan kembali maruah Aisyah, Nabi s.a.w kemudiannya kembali tenang dan gembira.Golongan yang menyebarkan fitnah ini seolah-olah tidak sedar dan mungkin tidak percaya bahawa kelak di akhirat bahawa mulut dan lidah yang berkata-kata, tangan yang menunjuk dan kaki yang berjalan, iaitu tiga anggota tubuh yang berperanan besar dalam proses menyebarkan fitnah akan diminta pertanggungjawaban masing-masing. Menuduh berbuat zina sama dosa besarnya dengan zina itu sendiri.Rasulullah s.a.w sering mengingatkan kaum Muslim agar menghindari fitnah yang ditimbulkan oleh sumber dan percakapan yang salah. Al-Quran dan sunnah selalu mengingatkan tentang bahaya fitnah. Dalam banyak kesempatan, ketika Nabi s.a.w memulai percakapan, baginda selalu memohon perlindungan kepada Allah s.w.t daripada akibat buruknya fitnah.Dan yang paling ditakuti kesan daripada perkembangan kecanggihan teknologi komunikasi seperti internet dan sistem pesanan ringkas (SMS), kini sesuatu berita yang berunsur fitnah dapat disebar ke seluruh dunia dalam masa paling singkat dan pantas.Demikian pula dengan kewujudan internet yang menyajikan bukan sahaja maklumat ‘formal dan baku’ tetapi juga maklumat yang kurang jelas kesahihan sumber maklumat serta tidak terkawal. Kebimbangan ini mula dirasai oleh sebahagian masyarakat Islam , di mana jika salah memilih maklumat yang disajikan itu, maka kesannya amat buruk.Justeru, di sini kita perlu kembali kepada al-Quran dan sunnah untuk mendapat panduan kerana kedua-duanya berfungsi memberi pengajaran kepada manusia, tidak kira dalam apa zaman sekalipun.“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat: ayat 6)Orang-orang yang fasik adalah orang jahat di mana kata ‘fasik’ dalam al-Quran juga digunakan untuk orang yang menuduh wanita baik melakukan zina dan untuk orang munafik.“Orang-orang yang menuduh perempuan baik-baik melakukan zina kemudian mereka tidak dapat mendatangkan empat orang saksi,maka cambuklah mereka dengan lapan puloh kali cambuk dan jangan terima kesaksian dari mereka selamanya. Mereka adalah orang-orang fasik.” (Surah An-Nur: ayat 4)“Sesungguhnya orang munafik tersebut adalah orang-orang fasik.” (Surah At-Taubah: ayat 67)Di sini, perlu diingat, betapa perlunya kita memilih maklumat, apakah ia penting atau tidak.Kita juga perlu memilih pembawa atau pengirim maklumat, apakah dia dapat dipercayai atau tidak. Sesuatu berita yang diterima atau disebar harus diteliti beberapa kali akan kesahihan berita itu.Bagaimana kita hendak mempercayai seseorang yang tidak dikenal pasti memiliki pengetahuan tentang bidang atau sesuatu perkara yang disampaikannya, apatah lagi yang tidak dikenal latar belakang identitinya. Dengan itu, maklumatnya tidak layak diterima begitu saja, kerana boleh jadi dia pembohong atau kalaupun dia bukan pembohong, keterbatasan pengetahuannya menjadikan dia menyampaikan berita yang tidak benar.Tuntutan tersebut lebih penting lagi muthakir ini, apatah lagi sumber-sumber berita kini beraneka ragam. Orang fasik pun, menurut istilah al-Quran seperti yang disentuh di atas, semakin banyak. Jika diabaikan, akibatnya pasti seperti bunyi akhir ayat di atas yang bermaksud: “Sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat: ayat 6)Prinsip dasar yang diletakkan oleh al-Quran bagi penerima maklumat antara lain ialah seruan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah al-Isra: ayat 36)Maksud ayat di atas ialah apa yang kita dengar, lihat, terlintas di fikiran, yang kita tidak tahu kedudukan sebenar, lalu kita berprasangka mengenai hal-hal itu, maka kita akan diminta untuk mempertanggungjawabkannya.Jika demikian, berhati-hatilah! Ayat di atas mengecam mereka yang mengambil sikap keliru, membenarkan atau menyalahkan apa yang tidak diketahui kedudukan persoalan sebenar. Jika yang demikian sudah dikecam, apalagi jika silap membenarkan sesuatu yang telah diketahui kekeliruannya, atau menyalahkan apa yang telah diketahui kebenarannya.Di samping itu, ada petunjuk lain agar isu negatif tidak muncul dan tersebar. Suatu ketika, pada waktu malam Rasulullah s.a.w berjalan, baginda didampingi oleh seorang wanita. Sementara sahabat melihat Nabi s.a.w bersama wanita itu dari jauh dan kegelapan, Nabi s.a.w yang menyedari hal itu menyampaikan kepada mereka: “Aku bersama Ummul Mukminin, isteriku.”Para ulama yang menganalisis hadis ini berkata bahawa salah satu cara menangkis munculnya ‘isu yang mengelirukan’ adalah menghindarkan daripada sebab-sebabnya dan memberi penjelasan yang benar sehingga tidak ada tempat bagi salah faham atau kecurigaan. Pada malam gelap itu, Rasulullah s.a.w berjalan berdua dengan wanita, boleh jadi ada yang menduga bahawa baginda berjalan dengan wanita yang bukan mahramnya.Untuk mengelak timbul kecurigaan dan kemungkinan timbulnya isu, Rasulullah s.a.w menjelaskan dan tidak menutup rahsia dengan siapa baginda berjalan kerana jika tidak dijelaskan, maka terbukalah peluang untuk munculnya isu yang tidak benar.Kini maklumat yang disebarkan, walau disampaikan oleh banyak pihak, tidak terlepas daripada sedemikian banyak faktor, seperti ideologi, ekonomi atau politik yang kesemuanya dapat menjadi penyebab ketidakbenarannya sehingga ia harus ditolak.Selanjutnya al-Quran juga mengingatkan agar orang yang menerima maklumat hendaklah menanyakan kepada orang lain yang mengetahui dan yang dapat dipertanggungjawabkan maklumatnya sebagaimana firman Allah yang bermaksud:“Hendaklah kamu menanyakan kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Nahl: ayat 43)Allah juga melarang sesuatu yang masih merupakan sangkaan atau andaian dikemukan sebagai maklumat dalam bentuk pasti sedangkan tidak mempunyai suatu pengetahuan pun tentang itu.“Mereka hanya mengikut sangkaan, sedang kan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.” (Surah al-Najm: ayat 53)Sangkaan (dugaan) yang dibenarkan untuk dikemukan dalam keadaan tertentu adalah dugaan atau sangkaan yang beralasan. Oleh kerana itu al-Quran mengingatkan perkara tersebut, yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka adalah dosa.” (Surah al-Hujurat: ayat 49)Jika prasangka pun dilarang daripada dijadikan sandaran untuk ‘mengesahkan’ maklumat, apatah lagi jika maklumat tersebut ternyata suatu kebohongan dan berunsur fitnah.
"dipetik daripada laman web http://islamhadhari.net"

Mengata @ FITNAH...

mengata atau fitnah bagi aku sama jek. dok dalam satu konteks yang sama. pelik la aku. kenapa manusia suke sangat memfitnah. menambah cerita yang hanya panjang sejengkal menjadikan sedepa... mengata orang salah atau tak betul sedangkan diri sendiri lom tentu betulnya.. macam mane hidup kita nak maju kalau perasaan ini wujud dalam diri kita. yang paling aku rase sakit hati, orang yang selalunya suke mereka-reka cerita ni terdiri daripada golongan yang selalunya dianggap warak.. harap tudung jek besar dan labuh.. tapi perangai mengalahkan seorang penjenayah. sekurang-kurangnye penjenayah tu nampak kejahatannya.. tapi golongan yang berkopiah atau bertudung besar ni berlindung disebalik kewarakan mereka.. tak guna rasenye kalau solat cukup 5 waktu ditambah dengan solat-solat sunat tapi dimasa lapang suka mengata atau memfitnah orang lain. sesungguhnya mereka adalah orang yang paling HIPOKRIT. aku benci mereka!!!!
"Ingatlah firman Allah yang bermaksud: Dan (ingatkah bahawa angkara) fitnah iaitu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. (Surah al-Baqarah:ayat 191)"

Khamis, 9 April 2009

Kursus..

Menghadiri 2 kursus berturut-turut.. Memenatkan aku.. Kursus Desktop Publisher kat PSMB, UiTM Shah Alam 2hari then diteruskan plak dengan bengkel penulisan buletin kat hotel Seri Malaysia Mersing.. Isnin keje plak. aduh.. letih nye badan aku nanti..

Rabu, 8 April 2009

Driving..

untuk pertama kali aku memandu sendirian dari Johor Bahru ke Shah Alam. Pengalaman baru yang menyerokkan tapi memenatkan aku.. aku terpakse pakai handsfree sepanjang masa sebab ayah call aku disetiap setengah jam. aku jadi stress memandu. aku cuba membayangkan tugasan sebagai seorang pemandu.. aduh.. sesungguhnya aku tak berdaya.. letih.. diorang memang ada kelebihan tersendiri. itu bukan bidang tugasan aku.. aku terpakse memandu sendiri di sebabkan oleh kekurangan pemandu....

Rabu, 1 April 2009

Cupcakes again...




Memang minggu ni my unlucky week.. My friend ask me to make for her cupcakes... tapi malang.. tak tau dimana silapnya... cupcakes aku tak menjadi.. ape lagi.. tong sampah la yang dapt makan cupcakes aku tu... huhuhu sedih tul... dah la demam.. wat kek pun tak mau jadi.. demam gak macam aku.. tension tul.. nasib baik la aku ni bersemangat waja.. setelah menghumbankan semua kek tu kedalam tong sampah.... aku wat lagi kek lain.. Alhamdullilah kek aku menjadi.. huhu.. happy tak terkira aku... macam nak wat lagi minggu depan...

Selasa, 31 Mac 2009

Program Rakan Media...


Pening.. Penat tu yang kami semua rasa.. Program Rakan Media plak aktiviti minggu ni.. Letih gak aku terkejar-kejar kesana sini selesaikan semua perkara seorang diri.. Mungkin minggu malang untuk aku.. dari hari isnin aku asyik kene marah.. itu xkena ini xkena.. aku dah letih.. bertambah malang lagi bile buku program yang aku hantar untuk printing tu disalah cetak.. lagi sakit kepala aku dibuatnya... pening aku fikir kan.. macam mane takde orang perasan langsung tahun pada buku program tu salah.. aduh.. migrane aku.. tapi ape boleh wat orang tetap menyalahkan aku dari segala hal... Pada waktu macam ni aku sangat memerlukan seseorang yang boleh memahami aku.. Tapi.. hampeh.. aku tanggung semua seorang diri.. nak wat macam mane nasib badan.. aku Redha atas ketentuan-Nya....

Ahad, 29 Mac 2009

Monday Blues....

Hari isnin yang membosankan.. itu yang aku rase.. Blur pun ade gak.. Masuk kerja hari isnin macam dah lupe ape yang patut aku wat... Dah cuti panjang.. Mungkin masih dalam mood cuti lagi kot.. Petang ni kene masuk meeting.. entah ape yang aku nak bentang kan pun aku sendiri tak tau... pusing.. pening

Rabu, 25 Mac 2009

Tagged...


wabak baru melanda... dulu sibuk dengan friendster... now aku bz dengan tagged plak.. banyak tul yang aku kena belajar ni.. dunia IT dah banyak meninggalkan aku.. memang aku ni x mengikuti perkembangan IT.. tu yang jadi katak bawah tempurung... but now.. try to catch back everything.. to my friend.. i dah ada Tagged jgk.... hehehehe


Selasa, 24 Mac 2009

Just to share...


The Teletubbies Group





p/s: To my friend... Lan, Alvin & Faizal.... SOWI... just joking....

Isnin, 23 Mac 2009

KL lagi???

Going to KL again?? Sangat menyeronokkan.. tak sabar nak tunggu weekend ni.. Hopefully dapat g Sunway Lagoon plak kali ni.. But follow orang kan tak boleh nak demand la.. mane orang bawak tu la tempat yang aku pegi.... ANyhow pun yang penting aku dapat jalan....

Sabtu, 21 Mac 2009

Cupcakes

exclusively made for my cat... hehehe...
my artwork





Trend dan musim... Tu yang aku bole kata la... Kat mane-mane aje ada jual cupcakes.. Cantik.. Indah pada pandangan mata. Aku turut terjebak dalam demam cupcakes.. Weekend aku kali ni aku habis kan dengan wat cupcakes... 9 tahun aku dah tinggalkan dunia pembuatan kek yang pernah jadi minat aku dlu... now its back.. banyak benda baru yang wujud dalam dunia pemakanan kini.. Pening jugak aku mencari bahan... at last aku berjaya jgk menghasilkan 20 biji cupcakes pelbagai corak. Memang aku ni tangan yang tak berseni langsung... Hehehe... Ni baru 1st try.. Nanti free2 bole wat lagi.. Ibu sorry la ek... Bulan ni kene makan cupcakes every weekend... heheheheeh......










Khamis, 19 Mac 2009

My ArtWork..




This are my artwork.. Just learn using Adobe Photoshop....




Rabu, 18 Mac 2009

Kursus Adobe Photoshop

Attending class of Adobe Photoshop something new to me... Menyeronokkan... Learn something new...

Isnin, 16 Mac 2009

Hospital Kuala Lumpur

Di pagi hari yana dah call aku.. Dia dapat posting kat Hospital Kuala Lumpur.. Seronok tak terhingga member aku sorang ni.... Pagi-pagi kitorang dah bercerita.. New life will begin.. aku akan kehilangan teman rapat aku sekali lagi.. Tak tau la lepas ni pada siapa aku nak bercerita suka dan duka aku... Harap-harap aku dapat la tukar Shah Alam dalam waktu terdekat ni.. Dapat dekat dengan orang-orang tersayang.... InsyaAllah....

Kenangan Terindah...

Dedicated for him....

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t’lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t’lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Sabtu, 14 Mac 2009

Ekspo SeLangkah Ke UiTM.... versi kedua

Kemeriahan dalam dewan Kampus Bandaraya Johor Bahru

Kaunter yang aku incharge

WELCOME...


Hari yang sangat menyeronokkan. Pengalaman baru bagi aku.. Kerana sebelum ini aku tidak pernah mengambil tahu langsung tentang fakulti yang ade dikampus lain selain daripada Kampus Bandaraya Johor Bahru... Meriah suasana.. Semua staf bersatu untuk menjayakannya...

Jumaat, 13 Mac 2009

Aku Cinta Kau Dan Dia....

Hancur hatiku, mengenang dikau
Menjadi keping keping setelah kau pergi
Tinggalkan kasih sayang
Yang pernah singgah antara kita
Masihkah ada sayang itu….
Memang salahku
Yang tak pernah bisa
Meninggalkan dirinya‘Tuk bersama kamu
Walau ‘tuk trus bersama
Kan ada hati yang kan terluka
Dan kutahu kau tak mau
Skali lagi maafkanlah
Karna aku cinta kau dan dia
Maafkanlah ku tak bisa tinggalkan dirinya
Mungkin tak mungkin
‘Tuk terus bersama jalani semua cinta
Yang telah dijalani
Tapi bila itu yang kau pikir yang terbaik untukmu
Bahagiaku untuk dirimu
Simpan sisa - sisa cerita cinta berdua
Walau tak terjadi cerita cinta berdua
Simpan sisa - sisa cerita cinta berdua
Walau tak tercipta cerita cinta berdua

Ekpo Selangkah Ke UiTM..

buntting...

Hari semua orang sibuk dgn program ekspo selangkah.. Aku yang tak tau ape-ape ni pun menyibuk kan diri jugak la.. hehehe... Aku suke aktiviti macam ni daripada dok kat ofis mengadap pc jek. Lagi membosankan bagi aku... Esok program selangkah start kul 9.00 pagi.. means aku kene bangun macam biasa la... Arrrr....

Meh Datang Beramai-ramai....




Khamis, 12 Mac 2009

SIDANG REDAKSI UiTM JB

GROUP SIDANG REDAKSI UiTM KAMPUS BANDARAYA JOHOR BAHRU

Suzuki Swift




impian seorang teman.. hanya gambar yang aku mampu bagi... andai aku seorang jutawan pasti aku memberikan nya.. apelah sangat nilai sebuah kereta jika dibandingkan dengan nilai persahabatan kita...

Rabu, 11 Mac 2009

SIdang Redaksi..

Dipilih untuk menjadi sebahagian daripada sidang redaksi buletin sangat menyeronokkan aku.. Banyak benda baru yang aku boleh pelajari nanti.. AKu ni kan boleh dikatakan buta IT walaupun ade diploma IT..( dip tu aku dah wat pekasam..) Boleh la aku belajar benda2 baru n lupakan masalah aku yang timpa menimpa ni.. wat sakit otak jek fikir.. Esok ade sessi penggambaran untuk ahli sidang redaksi.. Glam jugak ek.. hehehe....

Selasa, 10 Mac 2009

Cinta dan Kehidupan

Cinta... perkataan yang amat sukar untuk di ungkapkan mahupun ditafsirkan.. cinta sering membuat kita lalai dalam kehidupan sehari jika terlalu mengagungkannya.. Kehidupan.. Perlu diteruskan walaupun tanpa wujudnya cinta.. Cinta dan kehidupan tidak dapat dipisahkan.. Hari ini.. aku tersepit dalam cinta yang aku sendiri cipta.. Permainan perasaan yang sukar untuk aku ungkapkan.. Aku harus memilih meneruskan kehidupan sedia ada atau membuat perubahan dalam hidup aku... Membiarkan dia berlalu pergi dengan cinta yang baru diungkapkan seakan aku membiarkan dia terluka seorang diri.. Andai aku memilihnya... Pasti banyak lagi jiwa yang akan terluka.. AKU BUNTU.. Kenapa kau datang waktu aku tak memerlukan cinta lagi... Menjadi kan kau umpama "tempat persinggahan aku berteduh sebelum meneruskan perjalan" adalah amat payah dan berat untuk aku lakukan... Namun aku terpaksa reda dan pasrah.. Aku berserah pada ketentuan-Nya..

Isnin, 9 Mac 2009

when i was in Genting....

who are they???









Statue of Liberty but In Malaysia




who is this guy??

Welcome to Genting.....






Sejuk.....



aku nak minum......




climbing up....







tired....






disebalik kabus....