Selasa, 29 September 2009

Doktor Gigi...

Seperti ramai yang sedia maklum, aku seorang yang sangat penakut berjumpe dengan doktor gigi... Senang cakap, fobia la.... tapi di takdirkan, selepas hari raya, aku sakit gigi yang teramat teruk sampai tak boleh tido malam. Sebelum ni aku penah jugak rase sakit gigi, tapi disebabkan aku masih mengandung masa tu, doktor tak boleh cabut. Kali ni aku dah tak mampu nak bertahan lagi. Setelah puas di pujuk hubby, aku akur untuk berjumpe dengan doktor gigi... Hubby arranggekan appointment untuk aku semalam.. Jam 9.30 pagi aku dah terpacak di depan pintu klinik tanpa menjamah ape-apa sarapan pagi kerana terlalu takut... Aku sangka doktor yang akan merawat aku tu lelaki dan tua (sememangnya aku fobia dengan doktor gigi tua).. Sangkaan aku meleset, doktor tu dalam lingkungan usia awal 30-an. Perwatakan nya sangat lembut. Secara tidak langsung mengurangkan rasa takut dan ngeri aku.. akhirnya tercabut juga gigi aku.. tapi bukan gigi yang sakit. yg lain plak terpaksa di cabut sebab gigi yang sakit tu tak boleh di cabut kerana dah bengkak dan prosesnya agak sukar sebab gigi tu gigi bungsu. Nampaknya 2 minggu lagi aku kene la pegi jumpa lagi doktor gigi tu.... huhuhu....

Ahad, 27 September 2009

Kisah Ramadhan dan Syawal...

untuk pertama kalinya aku menyambut ramadhan & syawal bersama suami tersayang.. suasana yang sangat jauh berbeza. dulu aku berpuasa disamping keluarga. setiap pagi, ibu yang kejut bangun sahur, tapi skarang aku kena bangun n sedia kan sahur untuk hubby. kalau aku tak bangun selamat la sahur kami.. bersahur berdua dan berbuka berdua... huhu.. tak meriah langsung. dlu balik keje makanan buka dah siap masak, skarang pandai2 la cari makan sendiri...
persiapan raya.. takde ape yang disiapkan.. baju pun aku tak tempah. plan nak pakai baju time kawin jek. baju2 tu pun baru pkai sekali je. lagi pun baju raya tahun lepas pun aku tak abis pakai lagi... tapi aku sibuk ke jalan TAR dgn member2 ofis.. nak jugak rase kemeriah jalan TAR. sebelum ni dengar jek orang dok bercerita. tahun ni aku dapat g shopping sakan kat sane plak.. sampai hubby marah kat aku.. hehehe...
hari jumaat lepas buka kami bergerak balik ke jb.. excited bukan kepalang sampai aku tak blh tido malam sebab terlalu seronok nak balik jb. mane tak nyer, first time aku rase nak balik kampung beraya walaupun rumah ibu di tengah bandar. sepanjang perjalanan aku tak melelapkan mata walaupun seminit. bertolak dari kuala lumpur jam 8 malam, disebabkan tol sungai besi jem tahap melampau, kami ikut tol kajang (sebenarnya kami sesat nak ke sg besi... tetiba sampai ke kajang.. kire ok la kan.. save masa sejam lebih sbb tol sg besi jem.) kami tiba di jb jam 1.30 pagi. hujan lebat menyebabkan pegerakan lalu lintas lembab... pagi yang sibuk sebelum raya tu, aku ke sana kemari cari barang untuk ibu. ibu beraya di singapore, so aku terpaksa la balik beraya di kampung Singapura, kampung hubby..
suasana pagi raya yang jauh berbeza. tiada ayah dan ibu depan mata aku. aku hanya call diorang. untuk pertama kalinya aku menyium tangan suami aku di pagi raya. suasana sangat berbeza sebab family hubby besar, tambah plak anak saudara 17 orang, gamat la suasana.. pening pun ada jgk.. ape pun raya tahun ni banyak pengalaman baru untuk aku...

Selasa, 8 September 2009

FOR SALE!!!!

Gelang Tangan








Koleksi Rantai



How to order:
Provide us with :-1) Your name
2) our contact number
3) Items
4) Code & Quantity
5) Address
Term of payment:
Bank in/transfer to acc MAYBANK @ BANK ISLAM(acc no will be given after confirm)
Delivery:
Ur order will be sent after payment made follow the address given in the email.
*no additional charge for delivery...