Selasa, 28 April 2009

Kenangan Terindah....

Aku kini menghitung hari untuk keluar dari sini.. Hari-hari yang aku lalui sama seperti sebelum ini. Masih belum ada yang berubah.. cuma kini aku semakin malas... Entah la.. Aku semakin bosan dengan keadaan sekeliling.. Aku dah bosan dikutuk dan dikata.. Menyampah pun ada gak.. Tetiba.. yang jauh kini dekat dan yang dekat mula menjauh.. Aku rasa takut plak nak mengharungi hari mendatang walaupun ada yang sedia menemani setiap masa. Mampukah aku melakukannya tanpa bantuan ibu. Siapa yang akan membantu aku bile aku sakit nanti?? Entah la.. Aku takut memikirkan nya...

"Bila yang tertulis untukku.. Adalah yang terbaik untukmu.. Kan kujadikan kau.. Kenangan yang terindah dalam hidupku.. Namun takkan mudah bagiku.. Meninggalkan jejak hidupku.. Yang t'lah terukir abadi.. Sebagai kenangan yang terindah"

Isnin, 27 April 2009

Cheritera...

Aku dihujani lagi dengan soalan-soalan yang aku sendiri tak tau macam mane nak menjawab.. Pelik sangat la... Mane tah diorang dapat cerita-cerita tu. Aku sendiri pun tak tau dari mane datang semua itu. Mengadakan cerita yang tak ade.. Sakit hati tul aku.. Nak wat macam mane. Redha je ar.. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan Maha melihat.. Dia tau kebenaran. Aku dah malas nak berkata-kata lagi.. Yang pasti kini.. aku tak akan toleh kebelakang lagi.. yang lepas biarkan ia terus berlalu... Aku kini dengan azam baru..

Rabu, 22 April 2009

Akhirnya...

Setelah puas aku berfikir... Akhirnya aku berjaya membuat keputusan yang paling sukar aku rase kan untuk di buat. Aku akan tinggalkan UiTM.. InsyaAllah satu hari nanti aku akan kembali pada UiTM mungkin sebagai seorang pelajar atau mungkin boleh jadi bos plak.. huhuhu. who knows... Aku akan melapor diri pada 15 Jun 2009. Aku akan mula bercuti pada 27 May.. Its mean I got less then 1 month in UiTM. Perasaan sekarang?? Bercampur2.. Gembira keluar dari tempat yang banyak mengajar aku erti kawan sebenar.. Sedih sangat kerana terlalu banyak kenangan aku disini. Disini tempat yang aku rase banyak merubah aku. Dari segi mental dan fizikal. Terharu kerana ada kawan yang sanggup bertungkus lumus membantu proses pertukaran aku. Cian Fasha.. Pening kepala dia.. She a gud AR..
Aku tak perlu ke Shah Alam.. Its not mean i hate Shah Alam very much.. Sorry bro, kalau anda terasa.. There's a memory there that i can't take it.. Aku tak kuat untuk membuang segala yang aku telah pendam. Menghilangkan semua dari kotak ingatan adalah sesuatu yang mustahil untuk aku lakukan dalam sekelip mata. Dia datang diwaktu aku tak memerlukannya dan dia pergi di saat aku rasa aku perlukan kasih sayangnyer.. Aku tau keadaan aku.. Perjalanan aku harus teruskan kerana dia hanya persinggahan. Aku tau banyak akan berubah kalau aku di Shah Alam.. Aku nak lari dari mereka.. Lepas ni aku bukan lagi warga UiTM, namun UiTM TETAP DIHATIKU.. (Cintaku tertinggal disana....)

Selasa, 21 April 2009

Penyakit Berjangkit kat Office...

Penyakit yang salunyer berjangkit kat opis adalah penyakit mengumpat yang begitu cepat membiak dikalangan staf. Terutamanya perempuan la. Tetapi tidak dinafikan terdapat segelintir kaum adam yang juga gemar mengumpat. Mengumpat atau perkataan yang lebih upto date nye ber"gosip" tidak dapat dipisah dengan mana-mana ofis kat malaysia ni... Kadang aku sendiri tak paham la... Kenapa la diorang ni suke sangat dok mengata orang.. Ape diorang rase diri diorang tu bagus sangat??? Atau pun dah kehabisan kerja kat ofis tu sampai dah tak tau lagi nak wat pe... Macam mane la bangsa kita nak maju kalau ini terus berterusan dalam sesuatu organisasi.

Isnin, 20 April 2009

Buntu..

Aku teramat buntu sekarang.. Disaat aku rasa aku nak pergi dari sini. Datang pulak satu surat lain. Panggilan BTN.. Aduh pening aku. BTN will start on 14th May 2009 till 18th May 2009. Aku nak melapor diri kat Bukit Aman on 15th May... Macam mane gaya plak aku nak g sane.. Pening aku fikirkan.. Bile panggilan BTN dah sampai makne nyer waktu percubaan dalam perkhidmatan aku dah hampir sampai ke penghujungnyer... tapi aku nak sangat kerja kat Bukit Aman tu.. Kenapa la takde orang yang nak bagi aku sokongan eh... Sekarang aku terpaksa memilih sama ada untuk aku terus stay kat sini Or aku g sane. If aku ke sana, aku terpakse sambung lagi la tempoh percubaan aku.. If i still here, i have to wait maybe for 1 year or more untuk dapat tukar ke Shah Alam.. Tapi kalau boleh aku tak nak ke Shah Alam.. Aku sanggup ke cawangan lain.. but not at the main campus.. Aku takut aku tak cukup kuat di sana nanti....

Sabtu, 18 April 2009

Demam..

Akibat terlalu penat. ni yang aku dapat.. Demam.. Macam mane tak demam. tak pernah dalam hidup aku kene memandu sendirian sejauh 400KM. Letihnye semacam. Sehingga ke hari ini letih masih aku terasa. Tambahan pulak balik dari kursus yang panjang, timbul plak cerita-cerita yang tak sedap langsung untuk halwa telinga aku. Bertambah stress aku. tak pasal-pasal aku darah tinggi plak.. Nampak nye lepas ni kene la wat aktiviti secara senyap dan tak memenatkan. Mungkin badan aku dah tak lasak lagi untuk semua aktiviti yang aku suke lagi....

Rabu, 15 April 2009

tawaran..

mendapat tawaran kerja baru.. sangat mengembirakan aku.. tapi aku harus memikirkan.. antara cita-cita yang aku kejar.. disini.. banyak benda baru yang aku telah pelajari. di sana aku tak pasti lagi ape yang akan berlaku... aku buntu memikirkannya...

Ahad, 12 April 2009

Ku Tanya Hati...

ku tanya hati
ku tepuk dada sendiri
manakah hala perjalananku ini??
terasa sangsi masih ku belum mengerti
adakah aku dilanda laluan pasti..

bertanyaku pada bayu yg menumpang jalan
apakah berita suci dari sempadan?
berikan petunjuk hidayah dan pesanan
bawakan doa ku terus ke takhta pangkuan

berbalas pandangan mataku dengan sang bulan
bagaikan bicara bulan mengharap pengertian
moga disusun bintang yg berserakkan
mengjadi landasan laluan pengertian

ku tanya hati
apakah bisa aku dikhianati
dengan kata hati yang tidak pasti
atau akukah yang tidak mengerti
betapa berharganya hati yang suci...

Hindari Cerita Bohong & Fitnah...

Sekadar berkongsi dan untuk difikirkan bagi golongan yang amat gemar bercerita...
Kerana fitnah itu ujian, ia menguji kita, apakah kita boleh tetap arif, tenang atau tidak emosional. Hakikatnya, kita harus tetap normal dan tidak melampaui batas.Kitab tentang hadis umumnya mengkhususkan bab tertentu tentang fitnah. Hadis tentang fitnah biasanya berisi ajakan dan perintah agar kaum Muslim menjauhi fitnah, kerana hal itu akan menimbulkan kekacauan dan kesengsaraan, bahkan sering berakhir dengan pertumpahan darah.Dalam sejarah, pernah terjadi peristiwa menyedihkan yang dikenal dengan al-fitnah al-kubra, iaitu peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan. Inilah konflik dalaman yang terbesar dan pertama menimpa umat Islam.‘Kerosakan’ institusi sosial akibat fitnah bukan sahaja membawa kepada pembunuhan Khalifah Uthman, bahkan menimbulkan ‘kebimbangan’ yang amat hebat bagi para sahabat Rasulullah s.a.w serta umat Islam waktu itu.Ini juga merupakan gambaran fitnah membuta tuli, kerana sesama umat Islam tidak mahu melihat serta mendengar siapa yang benar. Punca terbunuhnya Uthman mewariskan kemelut panjang bagi umat Islam, sehingga banyak ahli sejarah mengatakan sebagai cubaan atau dugaan terbesar yang pernah menimpa kaum Muslim.Benarlah apa yang disebut di dalam al-Quran bahawa fitnah itu lebih kejam dan berbahaya daripada pembunuhan. (rujuk surah Al-Baqarah, ayat 191)Malah Aisyah, isteri Rasulullah s.aw yang amat disayangi itu pernah difitnah ‘menduakan’ baginda dengan salah seorang sahabat Nabi ketika beliau tertinggal daripada rombongan Nabi. Sejarah mencatatkan, hampir sahaja Nabi terpengaruh dan mempercayai isu tersebut sehingga baginda terpaksa menjauhi Aisyah yang selama ini paling dekat dengannya. Hanya setelah turun wahyu yang membersihkan kembali maruah Aisyah, Nabi s.a.w kemudiannya kembali tenang dan gembira.Golongan yang menyebarkan fitnah ini seolah-olah tidak sedar dan mungkin tidak percaya bahawa kelak di akhirat bahawa mulut dan lidah yang berkata-kata, tangan yang menunjuk dan kaki yang berjalan, iaitu tiga anggota tubuh yang berperanan besar dalam proses menyebarkan fitnah akan diminta pertanggungjawaban masing-masing. Menuduh berbuat zina sama dosa besarnya dengan zina itu sendiri.Rasulullah s.a.w sering mengingatkan kaum Muslim agar menghindari fitnah yang ditimbulkan oleh sumber dan percakapan yang salah. Al-Quran dan sunnah selalu mengingatkan tentang bahaya fitnah. Dalam banyak kesempatan, ketika Nabi s.a.w memulai percakapan, baginda selalu memohon perlindungan kepada Allah s.w.t daripada akibat buruknya fitnah.Dan yang paling ditakuti kesan daripada perkembangan kecanggihan teknologi komunikasi seperti internet dan sistem pesanan ringkas (SMS), kini sesuatu berita yang berunsur fitnah dapat disebar ke seluruh dunia dalam masa paling singkat dan pantas.Demikian pula dengan kewujudan internet yang menyajikan bukan sahaja maklumat ‘formal dan baku’ tetapi juga maklumat yang kurang jelas kesahihan sumber maklumat serta tidak terkawal. Kebimbangan ini mula dirasai oleh sebahagian masyarakat Islam , di mana jika salah memilih maklumat yang disajikan itu, maka kesannya amat buruk.Justeru, di sini kita perlu kembali kepada al-Quran dan sunnah untuk mendapat panduan kerana kedua-duanya berfungsi memberi pengajaran kepada manusia, tidak kira dalam apa zaman sekalipun.“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat: ayat 6)Orang-orang yang fasik adalah orang jahat di mana kata ‘fasik’ dalam al-Quran juga digunakan untuk orang yang menuduh wanita baik melakukan zina dan untuk orang munafik.“Orang-orang yang menuduh perempuan baik-baik melakukan zina kemudian mereka tidak dapat mendatangkan empat orang saksi,maka cambuklah mereka dengan lapan puloh kali cambuk dan jangan terima kesaksian dari mereka selamanya. Mereka adalah orang-orang fasik.” (Surah An-Nur: ayat 4)“Sesungguhnya orang munafik tersebut adalah orang-orang fasik.” (Surah At-Taubah: ayat 67)Di sini, perlu diingat, betapa perlunya kita memilih maklumat, apakah ia penting atau tidak.Kita juga perlu memilih pembawa atau pengirim maklumat, apakah dia dapat dipercayai atau tidak. Sesuatu berita yang diterima atau disebar harus diteliti beberapa kali akan kesahihan berita itu.Bagaimana kita hendak mempercayai seseorang yang tidak dikenal pasti memiliki pengetahuan tentang bidang atau sesuatu perkara yang disampaikannya, apatah lagi yang tidak dikenal latar belakang identitinya. Dengan itu, maklumatnya tidak layak diterima begitu saja, kerana boleh jadi dia pembohong atau kalaupun dia bukan pembohong, keterbatasan pengetahuannya menjadikan dia menyampaikan berita yang tidak benar.Tuntutan tersebut lebih penting lagi muthakir ini, apatah lagi sumber-sumber berita kini beraneka ragam. Orang fasik pun, menurut istilah al-Quran seperti yang disentuh di atas, semakin banyak. Jika diabaikan, akibatnya pasti seperti bunyi akhir ayat di atas yang bermaksud: “Sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat: ayat 6)Prinsip dasar yang diletakkan oleh al-Quran bagi penerima maklumat antara lain ialah seruan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah al-Isra: ayat 36)Maksud ayat di atas ialah apa yang kita dengar, lihat, terlintas di fikiran, yang kita tidak tahu kedudukan sebenar, lalu kita berprasangka mengenai hal-hal itu, maka kita akan diminta untuk mempertanggungjawabkannya.Jika demikian, berhati-hatilah! Ayat di atas mengecam mereka yang mengambil sikap keliru, membenarkan atau menyalahkan apa yang tidak diketahui kedudukan persoalan sebenar. Jika yang demikian sudah dikecam, apalagi jika silap membenarkan sesuatu yang telah diketahui kekeliruannya, atau menyalahkan apa yang telah diketahui kebenarannya.Di samping itu, ada petunjuk lain agar isu negatif tidak muncul dan tersebar. Suatu ketika, pada waktu malam Rasulullah s.a.w berjalan, baginda didampingi oleh seorang wanita. Sementara sahabat melihat Nabi s.a.w bersama wanita itu dari jauh dan kegelapan, Nabi s.a.w yang menyedari hal itu menyampaikan kepada mereka: “Aku bersama Ummul Mukminin, isteriku.”Para ulama yang menganalisis hadis ini berkata bahawa salah satu cara menangkis munculnya ‘isu yang mengelirukan’ adalah menghindarkan daripada sebab-sebabnya dan memberi penjelasan yang benar sehingga tidak ada tempat bagi salah faham atau kecurigaan. Pada malam gelap itu, Rasulullah s.a.w berjalan berdua dengan wanita, boleh jadi ada yang menduga bahawa baginda berjalan dengan wanita yang bukan mahramnya.Untuk mengelak timbul kecurigaan dan kemungkinan timbulnya isu, Rasulullah s.a.w menjelaskan dan tidak menutup rahsia dengan siapa baginda berjalan kerana jika tidak dijelaskan, maka terbukalah peluang untuk munculnya isu yang tidak benar.Kini maklumat yang disebarkan, walau disampaikan oleh banyak pihak, tidak terlepas daripada sedemikian banyak faktor, seperti ideologi, ekonomi atau politik yang kesemuanya dapat menjadi penyebab ketidakbenarannya sehingga ia harus ditolak.Selanjutnya al-Quran juga mengingatkan agar orang yang menerima maklumat hendaklah menanyakan kepada orang lain yang mengetahui dan yang dapat dipertanggungjawabkan maklumatnya sebagaimana firman Allah yang bermaksud:“Hendaklah kamu menanyakan kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Nahl: ayat 43)Allah juga melarang sesuatu yang masih merupakan sangkaan atau andaian dikemukan sebagai maklumat dalam bentuk pasti sedangkan tidak mempunyai suatu pengetahuan pun tentang itu.“Mereka hanya mengikut sangkaan, sedang kan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.” (Surah al-Najm: ayat 53)Sangkaan (dugaan) yang dibenarkan untuk dikemukan dalam keadaan tertentu adalah dugaan atau sangkaan yang beralasan. Oleh kerana itu al-Quran mengingatkan perkara tersebut, yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka adalah dosa.” (Surah al-Hujurat: ayat 49)Jika prasangka pun dilarang daripada dijadikan sandaran untuk ‘mengesahkan’ maklumat, apatah lagi jika maklumat tersebut ternyata suatu kebohongan dan berunsur fitnah.
"dipetik daripada laman web http://islamhadhari.net"

Mengata @ FITNAH...

mengata atau fitnah bagi aku sama jek. dok dalam satu konteks yang sama. pelik la aku. kenapa manusia suke sangat memfitnah. menambah cerita yang hanya panjang sejengkal menjadikan sedepa... mengata orang salah atau tak betul sedangkan diri sendiri lom tentu betulnya.. macam mane hidup kita nak maju kalau perasaan ini wujud dalam diri kita. yang paling aku rase sakit hati, orang yang selalunya suke mereka-reka cerita ni terdiri daripada golongan yang selalunya dianggap warak.. harap tudung jek besar dan labuh.. tapi perangai mengalahkan seorang penjenayah. sekurang-kurangnye penjenayah tu nampak kejahatannya.. tapi golongan yang berkopiah atau bertudung besar ni berlindung disebalik kewarakan mereka.. tak guna rasenye kalau solat cukup 5 waktu ditambah dengan solat-solat sunat tapi dimasa lapang suka mengata atau memfitnah orang lain. sesungguhnya mereka adalah orang yang paling HIPOKRIT. aku benci mereka!!!!
"Ingatlah firman Allah yang bermaksud: Dan (ingatkah bahawa angkara) fitnah iaitu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. (Surah al-Baqarah:ayat 191)"

Khamis, 9 April 2009

Kursus..

Menghadiri 2 kursus berturut-turut.. Memenatkan aku.. Kursus Desktop Publisher kat PSMB, UiTM Shah Alam 2hari then diteruskan plak dengan bengkel penulisan buletin kat hotel Seri Malaysia Mersing.. Isnin keje plak. aduh.. letih nye badan aku nanti..

Rabu, 8 April 2009

Driving..

untuk pertama kali aku memandu sendirian dari Johor Bahru ke Shah Alam. Pengalaman baru yang menyerokkan tapi memenatkan aku.. aku terpakse pakai handsfree sepanjang masa sebab ayah call aku disetiap setengah jam. aku jadi stress memandu. aku cuba membayangkan tugasan sebagai seorang pemandu.. aduh.. sesungguhnya aku tak berdaya.. letih.. diorang memang ada kelebihan tersendiri. itu bukan bidang tugasan aku.. aku terpakse memandu sendiri di sebabkan oleh kekurangan pemandu....

Rabu, 1 April 2009

Cupcakes again...




Memang minggu ni my unlucky week.. My friend ask me to make for her cupcakes... tapi malang.. tak tau dimana silapnya... cupcakes aku tak menjadi.. ape lagi.. tong sampah la yang dapt makan cupcakes aku tu... huhuhu sedih tul... dah la demam.. wat kek pun tak mau jadi.. demam gak macam aku.. tension tul.. nasib baik la aku ni bersemangat waja.. setelah menghumbankan semua kek tu kedalam tong sampah.... aku wat lagi kek lain.. Alhamdullilah kek aku menjadi.. huhu.. happy tak terkira aku... macam nak wat lagi minggu depan...