Selasa, 29 September 2009

Doktor Gigi...

Seperti ramai yang sedia maklum, aku seorang yang sangat penakut berjumpe dengan doktor gigi... Senang cakap, fobia la.... tapi di takdirkan, selepas hari raya, aku sakit gigi yang teramat teruk sampai tak boleh tido malam. Sebelum ni aku penah jugak rase sakit gigi, tapi disebabkan aku masih mengandung masa tu, doktor tak boleh cabut. Kali ni aku dah tak mampu nak bertahan lagi. Setelah puas di pujuk hubby, aku akur untuk berjumpe dengan doktor gigi... Hubby arranggekan appointment untuk aku semalam.. Jam 9.30 pagi aku dah terpacak di depan pintu klinik tanpa menjamah ape-apa sarapan pagi kerana terlalu takut... Aku sangka doktor yang akan merawat aku tu lelaki dan tua (sememangnya aku fobia dengan doktor gigi tua).. Sangkaan aku meleset, doktor tu dalam lingkungan usia awal 30-an. Perwatakan nya sangat lembut. Secara tidak langsung mengurangkan rasa takut dan ngeri aku.. akhirnya tercabut juga gigi aku.. tapi bukan gigi yang sakit. yg lain plak terpaksa di cabut sebab gigi yang sakit tu tak boleh di cabut kerana dah bengkak dan prosesnya agak sukar sebab gigi tu gigi bungsu. Nampaknya 2 minggu lagi aku kene la pegi jumpa lagi doktor gigi tu.... huhuhu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan