Hari terakhir aku berkidmat di uitm.. mulai esok aku akan mula bercuti dan seterusnya melapor diri di Jabatan baru. Banyak kenangan pahit manis aku disini.. Disini la aku mengenal pentas dunia sebenar-benarnya. dimana kawan dan dimana lawan. yang mana semua yang indah itu tidak sebenarnya cantik.. Mana mungkin aku melupakan semua itu. walaupun aku cuma sempat berkhidmat selama setahun enam bulan sahaja. namun ia sangat berharga.. duduk dalam suasana kerja yang kecil namun meriah... PTDI, en idris, cik aishah, malek, paan, asrul, jun dan syasya...rakan seperjuangan yang tidak mungkin aku lupakan... jasa mu tetap ku kenang...