Rabu, 27 Mei 2009

Teman..

aku dah mula bercuti... namun bukan untuk berehat kat umah... sibuk membuat persiapan kawin.. letih tul badan aku. semakin hampir harinya aku tetiba kalut. macam banyak lagi yang belum aku wat lagi. hantaran pun aku masih belum sentuh.. aku dah tak larat. panas membuat aku keletihan tahap melampau. Ya Allah amat berat dugaan mu kali ini untuk ku... Semoga aku kuat dan tabah mengharungi dugaan Mu... Di saat aku memerlukan seorang teman untuk bercerita masalah aku. rakan2 sekeliling aku hilang.. ghaib semuanya.. aku jadi buntu.. mane pergi nya teman2 yang selama ini berkongsi kesenangan dengan aku??? ini la lumrah kehidupan.. Aku hanya menjadi kawan disaat aku diperlukan aja...aku pasrah...

Selasa, 26 Mei 2009

Farewell Party...

to all my friends... terima kasih yang tak terhingga sebab wat majlis perpisahan tu.. aku sangat menghargainya.. tak sangka.. walaupun aku cuma seorang pembantu perpustakaan namun aku dihargai.. aku terharu sangat... thanks a lot..


*picture akan di upload later...

Isnin, 25 Mei 2009

UiTM di hatiku...

Hari terakhir aku berkidmat di uitm.. mulai esok aku akan mula bercuti dan seterusnya melapor diri di Jabatan baru. Banyak kenangan pahit manis aku disini.. Disini la aku mengenal pentas dunia sebenar-benarnya. dimana kawan dan dimana lawan. yang mana semua yang indah itu tidak sebenarnya cantik.. Mana mungkin aku melupakan semua itu. walaupun aku cuma sempat berkhidmat selama setahun enam bulan sahaja. namun ia sangat berharga.. duduk dalam suasana kerja yang kecil namun meriah... PTDI, en idris, cik aishah, malek, paan, asrul, jun dan syasya...rakan seperjuangan yang tidak mungkin aku lupakan... jasa mu tetap ku kenang...

Ahad, 24 Mei 2009

Happy Birthday


Happy Birthday to my hubby.. Today umurnya genap 29 tahun.. Tiada hadiah istimewa untuknya tahun ni.. Celebration pun terpaksa kami lupakan.. Jarak dan waktu membuatkan aku hanya mampu memberi ucapan sahaja.. InsyaAllah 5 hari lagi aku bagi hadiah.. hehehe..

Semoga hubby dipanjangkan usia, sentiasa dalam lindungan dan keberkatan-Nya dan apa yang kita impikan menjadi kenyataan.. InsyaAllah...

Hari-hari terakhir...

Hujung minggu yang memenatkan.. Aku dah tak larat.. Macam nak tercabut tulang-tulang aku mengerjakan rumah.. Godies dah selamat aku siapkan dengan ibu... Tingkap pintu dah bersih. entah berapa lama la ia boleh bertahan sebersih itu.. Terfikir aku siapa yang mengerjakan tu semua selepas pemergian aku? Nak harap adik?? Harapan la.. Entah dia nak wat ker tidak..
Menghitung hari menunggu hari perkahwinan aku.. Membuat aku banyak berfikir.. Ini Jodoh aku rupanya... Aku bersyukur pada-Nya.. Namun dalam pada itu, aku tak tau kenapa minda aku fokus pada yang lain... Aku nampak kewujudannya dimana-mana. Malahan aku rasa rindu yang teramat sangat padanya. Aku bagai berharap dapat bertemunya.. Entah la... Aku cuba membuang perasaan yang tidak sepatutnya... Aku tau aku tak sepatutnya ingat pada orang lain.. Nasib baik aku masih ada orang sekeliling yang mampu membuat aku lupa padanya seketika....
Tinggal beberapa hari lagi.. Harap-harap semuanya berjalan lancar insyaAllah... Teringat aku pada seorang rakan yang boleh dikatakan "over excited" saban malam dia menjadi tempat aku bercerita.. Gelagatnya membuat aku terhibur dan terlupa stress yang aku hadapi.. Namun akan datang aku tak tau la adakah dia masih mahu menjadi pendengar setia cerita aku lagi...

Khamis, 21 Mei 2009

Menziarahi Keluarga Asrol

Jam 10 Pagi kami berlapan bergerak menuju ke Batu 4, Paloh.. Melawat keluarga Asrol. Perjalanan lebih kurang 2 Jam la ke rumah Asrol. Sedih menyelubungi seluruh kawasan. Aku nampak Asrul begitu tabah.. Adik beradik seramai 9 orang.. kebanyakkan masih bersekolah. Paling kecik baru berusia 5 tahun.. Dia sebagai anak lelaki sulung tentu segala bebanan terduduk di atas bahunya kini.. Semoga Asrul kuat dan tabah menghadapinya kelak InsyaAllah...

Rabu, 20 Mei 2009

Takziah...

Takziah buat Asrol sekeluarga atas pemergian ayah tersayang. Semoga Asrol tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Semoga roh nya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman... InsyaAllah..