Ahad, 24 Mei 2009

Hari-hari terakhir...

Hujung minggu yang memenatkan.. Aku dah tak larat.. Macam nak tercabut tulang-tulang aku mengerjakan rumah.. Godies dah selamat aku siapkan dengan ibu... Tingkap pintu dah bersih. entah berapa lama la ia boleh bertahan sebersih itu.. Terfikir aku siapa yang mengerjakan tu semua selepas pemergian aku? Nak harap adik?? Harapan la.. Entah dia nak wat ker tidak..
Menghitung hari menunggu hari perkahwinan aku.. Membuat aku banyak berfikir.. Ini Jodoh aku rupanya... Aku bersyukur pada-Nya.. Namun dalam pada itu, aku tak tau kenapa minda aku fokus pada yang lain... Aku nampak kewujudannya dimana-mana. Malahan aku rasa rindu yang teramat sangat padanya. Aku bagai berharap dapat bertemunya.. Entah la... Aku cuba membuang perasaan yang tidak sepatutnya... Aku tau aku tak sepatutnya ingat pada orang lain.. Nasib baik aku masih ada orang sekeliling yang mampu membuat aku lupa padanya seketika....
Tinggal beberapa hari lagi.. Harap-harap semuanya berjalan lancar insyaAllah... Teringat aku pada seorang rakan yang boleh dikatakan "over excited" saban malam dia menjadi tempat aku bercerita.. Gelagatnya membuat aku terhibur dan terlupa stress yang aku hadapi.. Namun akan datang aku tak tau la adakah dia masih mahu menjadi pendengar setia cerita aku lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan