Ahad, 12 April 2009

Mengata @ FITNAH...

mengata atau fitnah bagi aku sama jek. dok dalam satu konteks yang sama. pelik la aku. kenapa manusia suke sangat memfitnah. menambah cerita yang hanya panjang sejengkal menjadikan sedepa... mengata orang salah atau tak betul sedangkan diri sendiri lom tentu betulnya.. macam mane hidup kita nak maju kalau perasaan ini wujud dalam diri kita. yang paling aku rase sakit hati, orang yang selalunya suke mereka-reka cerita ni terdiri daripada golongan yang selalunya dianggap warak.. harap tudung jek besar dan labuh.. tapi perangai mengalahkan seorang penjenayah. sekurang-kurangnye penjenayah tu nampak kejahatannya.. tapi golongan yang berkopiah atau bertudung besar ni berlindung disebalik kewarakan mereka.. tak guna rasenye kalau solat cukup 5 waktu ditambah dengan solat-solat sunat tapi dimasa lapang suka mengata atau memfitnah orang lain. sesungguhnya mereka adalah orang yang paling HIPOKRIT. aku benci mereka!!!!
"Ingatlah firman Allah yang bermaksud: Dan (ingatkah bahawa angkara) fitnah iaitu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. (Surah al-Baqarah:ayat 191)"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan